PkpYr3.296.
*[PkpYr3.296.OMICRON?]*
#Junaat berlalu pergi
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS BAHRAIN[1]]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sabatu DUHAI Mak ayah, ahli2 saya, adikberadik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan serta taulan sekaliam semua nya.
Alhamdulillah. Hari Jumaat berlalu dengan selamat nya. Solat jumaat terttunaii di Masjid Lama Al Hidayah Taman Melawati. Pengisian khutbah yang bersekitar tentang Allah, Tuhan yang menguasai setiap apa yang berlaku. Mengasah fikiran lagi tentang betapa kena berserah padaNya selepas buat semuanya apa yang patut selaku manusia. Ianya seolah olah sefikrah dengan apa yang dah di sampaikan di pengisian Usrah Bulanan Pejabat pada belah paginya. Seterusnya, terimakasih jua buat Allah kerana membenar kan saya tunaikan asar dan magjhrib berjemaah walau pun hanya di surau Rumah Kelab IGC.
Malamnya malam hari sabtu, isya’ dikejar berjemaah di surau al amin, sempat 15 minit bersama Ustaz Ahmad Nazri berbincang tentang isu fekah. Memang ia menjadi minat ramai sehingga isya tertunai hanya selepas jam 9 kerana pelbagai persoalan.
Antaranya apakah hukum solat orang yang di tidurkan kerana covid19? Jika terjaga wajib qada solatnya, jika Allah sayangkan mereka, maka solat itu di maafkan kerana mereka ada dalam keadaan tidak sedar diri. Semoga ada sedikit ilmu yang bernaklumat memberi sedikit manafaat. Jazakallah khair Ustaz Ahmad Nazri.
Namun, malam tadi ada kenyataan yang di quote oleh Ustaz Ahmad Nazri yang mana seusai solat berbincang dengan nya pun tidak sampai ke peringkat matang. Persoalan itu adalah:
“ Isu Rasuah dalam kutupan zakat oleh para amil - Prof Madya Dr Ishak sulaiman - “ Orang yang menjadi amir kutipan zakat, kalau ada yang bayar dan tidak mahu ambil baki, pihak amil tidak boleh ambil jumlah tersebut kerana ianya dikira rasuah. Bahagian amil sah ada 1/16 dari kutipan zakat yang diwartakan”
Isunya adalah kaitan antara rasuah dan baki bayaran. Ikutkan cadangan ustaz Nazri, Prof Madya akan di panggil untuk penjelasan. Isu tergantung disitu. Nampak macam kecil tapi besar juga untuk kefahaman tindakan para amil. Bergerak keluar dari surau al amin jam 935 malam.
Terimakasih Allah atas semua peluang yang mendekatkan diri pada agama.
Untuk bacaan pagi ini, jom kita terus kan bacaan dari buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#SERANGAN KEATAS BAHRAIN(2)
Penduduk Bahrain menganut Islam setelah kedatangan al Ala’ alHadrami RA, seorang utusan Nabi SAW kepada rajanya bernama Munzir bin Sawi RA, Raja Bahrain itu memerintah dengan adil mengikut syariat Islam dan disayangi rakyat jelatanya.
Malangnya dia mangkat sebaik sahaja Nabi SAW wafat. Tiba tiba sebahagian besar penduduknya menjadi murtad dengan melantik seorang raja yang murtad, bernama alMunzir bin al Nu’man al Gharur.
Terdapat seorang pemimpin yang ‘alim iaitu al-Jaruh bin al-Mu’alla RA. Dahulunya dia sempat menuntut ilmu dari Rasulullah SAW. Dia telah mengambil langkah untuk segera pulang ke kampung nya dan mengumpulkan mereka di satu tempat lalu menyampaikan pidatonya.
“Wahai kaum Bani ‘Ahad al-Qays, Aku mahu bertanya kan pada kamu satu soalan. Jawablah pertanyaan ku kira nya kamu tahu, janganlah kamu menjawabnya”. Mereka berkata: “Tanyalah apa yang kamu mahu tanyakan”
AlJarud bertanya: “Adakah kamu tahu bahawa sebelum Muhammad, sudah ada nabi nabi yang diutuskan oleh Allah?” Mereka menjawab: “Ya” Al-Jarud bertanya lagi: “Adakah kamu tahu sahaja atau pernah berjumpa dan melihat nabi nabi itu?”
Mereka menjawab: “Kamu tidak pernah melihat dan berjumpa mereka, kami cuma tahu sahaja” Al-Jarud bertanya lagi: “Apa yang terjadi kepada nabi-nabi itu?” Mereka menjawab: “Mereka telah mati.”
To be continued.....
*Akhir kalam..*
Yang besar itu nafsu, Yang singkat itu waktu, Yang dekat itu kematian, Yang susah itu keikhlasan, Yang dijauhi itu kemalasan, Yang cepat itu adalah marah, Yang berat itu ialah amanah, Yang sukar itu kesabaran, Yang lupa itu kesyukuran, Yang merosak itu amal itu mengumpat, Yang dinanti Allah SWT itu ialah taubat.
Semoga kita bukan dari golongan yang membiarkan Jumaat berlalu dengan sia sia.
Selamat meneruskan kehidupan pagi ini di hari sabtu penuh damai dan tenang, sentiasalah kita composekan diri untuk rujuk kepada Nya.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Penulisan Picisan dari,
*Ncs@SeriMinang.*
Comments
Post a Comment