PkpYr3.297.OMICRON

 *[PkpYr3.297.OMICRON?]*

#Sketsa pagi Jumaat dan tengahri sabtu untuk renungan pagi Ahad. 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin  [SERANGAN KE ATAS BAHRAIN(2)]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Keberkatan dan kerahmatan dari Illahi di doakan buat Mak ayah, ahli2 saya, adikberadik, iparduai, makcik dan pakcik, saudaramara, sahabat jua  sahabiah, rakan dan taulan sekalin semua nya di seawal pagi Ahad yang menjadi hari penanda berakhirnya satu lagi minggu dalam kelendar masihi. 


Sama sama kita mulakan kehidupan pagi ini dengan maaf memaafkan sesama kita. 


“Harta tak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya”

(Riwayat Muslim)


Renungkanlah.


Pagi Jumaat lalu, seusai “exercise” jalan kaki di IGC, saya segera mandi dan bersiap di “changing room”rumah kelab untuk ke Office   kerana ada usrah bulanan. Sebelum ke pejabat saya ke terrace untuk menjamah sedikit makanan dan ketika itu ada beberapa kawan sedang menikmati sarapan pagi. Sebelum saya beredar ke pejabat, saya “‘mencuri” membuat bayaran pada semua yang sedang makan. Tiada lain, hanya harapkan jadi suatu amalan baik disisi Allah sempena hari jumaat. 


Semalam pula, seusai riadah pagi golfing di IGC, walajpun dah makan sediikit, saya raik kan keluarga saya bersama mereka. makan tengahari satu restoran sekitar Prima Saujana. Ketika sedang menikmati makan tengahari, kami di berikan semangkuk makanan percuma, kata orang disebelah kami, dia memang dah oder lebih untuk meja kami. Pelik!


Akhirnya, Sebelum kami beredar selepas menikmati juadah, kami tidak perlu bayae apa apa pun kerana kata kaunter, orang yang di sebelah kami sudah bayar kan semua. Subhanallah. Ada pula orang lain yang “mencuri” bayar untuk kami sekeluarga. Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah.


Begitulah sedikit sketsa pagi Jumaat dan tengahri sabtu untuk renungan bersama. 


Perkongsian dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin diterus kan pagi ini. 


#SERANGAN KE ATAS BAHRAIN(2)]


Al-Jurud terus menegaskan:

 

“Maka Muhammad juga telah mati seperti matinya nabi nabi sebelumnya. Maka aku percaya bahawa tiada  Tuhan yang sebenar melain kan Allah SWT sahaja dan aku percaya Muhammad SAW itu hamba Allah dan Rasul Nya.

 

Mereka berkata “kami juga mengaku dan percaya Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya, engkaulah sebaik baik orang yang menjadi pemimpin kami dan ketua yang di sanjung”

Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 6, ms. 720

 

 Bersambung esok.. 


*Akhir kalam...*


Daripada Abdullah bin Amr bin alAs RA: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." ~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Rentetan dari sketsa pagi Jumaat dan tengahari sabtu semalam, di pagi Ahad ini, disimpulkan 


Konsep memberi makanan kepada orang lain bukan semestinya dalam bentuk besar besaran. Bukan semua orang mampu melakukannya secara kerap. Tetapi, kita boleh buat dengan sekadar memberi makan kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan rakan. Carllah ikut kita punya kemampuan walau  sekadar swbungkus makan


Konsep ini juga berkait rapat dengan berkongsi rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.  "Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki pada sesiapa yang dikehendaki Nya dgn  tidak terkira ( ikut undang undang peraturan-Nya)." Surah al-Baqarah, ayat 212


Oleh itu, jangan menunggu jadi  kaya dan hartawan  untuk memberi makan, bersedekah serta berkongsi nikmat, berkongsilah untuk menjadi seorang yang kaya jiwa...


Bahkan moga moga ini akan  melindungi kita daripada  api neraka. Nabi SAW bersabda: "Api neraka berasa takut walaupun dengan sebiji kurma (yang kamu berikan untuk orang yang lapar)."

( al-Bukhari )


Ramadhan makin dekat, Rejab, Syaaban dan Ramadan yang bakal menjelang tiba,  ambillah semangat memberi makan kepada orang lain sebagai tiket kita mendapat keredaan Allah SWT dan seterusnya ganjaran syurga Nya yang sangat hebat.


Aaminn.


Wallahu’alam

Barakallahufikum 

Wassalam


Secubit dari,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S