PkpYr3.298.OMICRON

 *[PkpYr3.298.OMICRON?]*

#Barang siapa jaga tujuh kalimah ini, dia orang mulia disisi Allah

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS BAHRAIN(LAST)]


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di doakan kebahagiaan (as-sa'adah) buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Moga ia tak hanya dirasai saat masih bernyawa di dunia tapi ianya  berlanjutan hingga semasa kehidupan abadi di akhirat kelak.


Seawal pagi Isnin yang mana ramai di antara kita akan memulakan semula tugas masing2 selepas berehat hujung minggu, Sama sama lah memelihara  kata kalimah  kalimah yang boleh jadikan kita mulia disisi Allah, moga Allah akan jua mengampuni dosa kita walau dosa seperti buih air laut, moga kita juga  akan ditemukan kemanisan untuk taat kepada Allah dan akhirnya  kita mati di dalam keadaan baik disisi Allah. Ucap lah selalu akan kalimah 


BISMILLAH,

ALHAMDULILLAH, ASTAGHFIRULLAH,

INSYAALLAH, LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH, 

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN, 

LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH....


Dengan itu, moga terjagalah  keindahan dan kesihatan rohani kita. Malahan, di akhir hayat, semua akan menjadi penjamin syurga membuka pintu syurga di akhirat kelak. Aamin. 


Wallahu a'lam bishawab.


Semalam berlalu kosong, bila hanya solat subuh & maghrib sahaja berjemaah di rumah Nya dan selebihnya berada di lapangan dan hanya 15 minit di luangkan untuk majlis ilmu. Mujurlah zikir zikir tidak sengaja terkeluar dari mulut masih ada pada setiap kali putting putting yang tidak berjaya  atau pun stroke yang tidak tepat atau chipping yang tidak menjadi. Terimakasih Allah kerna jadi kana saat riadah masih ada zikir zikir kecil terhambur. Mujurlah malamnya di takdir berjemaah isya bersama keluarga yang menutup malam dengan Al Mulk.


Terimakasih Allah kerana izinkan kami kekal beramal walau sedikit, walaupun semalam melayan kehendak nafsu atasi kehendak akal. 


Pqgi ini saya nak sambung perkongsian petikan dari buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. 


#SERANGAN KE ATAS BAHRAIN(2)


Mereka semua teguh beriman, mereka berada di kampung bernama Juwasa, mereka juga medirikan solat  Jumaat & menjadi kampung pertama daripada semua daerah yang ditimpa bencana murtad.

 

Kumpulan yang beriman ini telah dikepung oleh musuh daripada segenap penjuru, malahan disekat daripada mendapat bekalan makanan dan minuman. Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa berlapar dan dahaga yang dahsyat sehingga ada yang hampir mati. Namun mereka tetap bersabar dlm mempertahan kan iman dan Islam.

 

Khalifah Abu Bakar RA menghantar bala tentera yang dipimpin oleh al-‘Ala’ bin al-Hadrami RA. Mereka terpaksa mengharungi padang pasir yang luas sehingga perjalananya sangat jauh dan sukar. Berbekalkan bekalan terhad yang dibawa oleh unta, kenderaan paling penting di padang pasir.

 

Perjalan itu ditempuh dengan sifat kesabaran yang tinggi. Mereka mampu menghadapi cabaran dan ujian yang hanya mampu ditanggung oleh orang-orang yang beriman dengan ikhlas.

 

Maka Allah SWT menurun kan pertolongan yang luar biasa. Apabila orang yang mengetuai tentera adalah al-‘Ala’ bin al-Hadrami RA yang terkenal dengan kuat ibadat dan diperkenankan doanya. Maka berlakulah karamah (perkara luar biasa daripada orang yang soleh) yang menambahkan lagi kekuatan iman kepada balai tentera Islam.

 

Esok kita ikuti pula tentang OPERASI PEPERANGAN....

 

*Akhirul kalam...*


Dalam pada menjaga hati semuanya demi untuk Allah, jagalah juga ucapan zahir kita, jangan sesuka hati hambur kan kata kata yang sia sia. Sepanjang hari, setiap detk dan saat, siang dan malam seikhlas hati, tidak terpisah di lidah dan di hati.


Kalimah kalimah mulia dan baik itu umpama password bagi umat Islam mengikat rohaninya dengan Yang Maha Besar, sesungguhnya hanya rohani akan kembali kepada Allah, manakala jasad akan kekal di tanah. Allahuakbar! 


💕Yaa Allah. Kasihanilah kami, paling kanlah kami dari maksiat pada Mu, Tuntunlah kami pada apa  bermanfaat bagi kami, Selama Engkau menghidupkan kami.


Aamin


Barakallahufikum 

Wassalam.


Secubit sepagi bersama,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S