PkpYr3.299.OMICRON

 *[PkpYr3.299.OMICRON?]*

#Carilah Majlis Ilmu

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Operasi Menyerang(1))


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik dan pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.


Setiap pagi yang baru adalah permulaan baru dalam hidup kita. Selamat hari Selasa! 


Bersama ini adalah tulisan picisan yang kecil tapi tulus di hari Selasa yang indah. Saya doakan hari Selasa yang hebat untuk semua walaupun entah bagaimana hari ini untuk kita tapi hari ini juga akan berlalu.


Semalam di sore Isnin, selepas sekian lama tidak hadir sebelum masuk waktu maghrib di surau Al Amin, saya parking Merc NCS68 di parkir surau seawal jam 711 petang, menunggu masuk waktu. Usai maghrib, terus bersimpuh depan ustaz Wan Jemizan dengan syarahan atas “sifat muslim sejati”.


Adalah sedikit ilmu yang sempat saya kutip untuk saya gunakan terutama dengan kehidupan saya yang bergaul sana sini. Disini saya sharekan sedikit nota,  mungkin boleh membuat kita semua Renungkan semula. 


#Ustaz Wan Jemizan

#Permata Bagi Orang Beriman

#SIFAT MUSLIM SEJATI


Hadis: Abi Musa Asshaari ra, “ wahai Rasulullah, siapakah orang islam paling afdhal ( sejati - benar benar)?”

Nabi saw : “ orang islam paling afdhal ialah orang islam yang orang islam lain  selamat dari lidah dan tangan nya” - Muttafaku alaih. 


#Orang yang tidak menyakiti orang lain dengan kata kata dan perbuatan. 


Hadis ini adalah hadis akhlak, bila mana kita diajarkan untuk tidak menyakitkan orang lain. Hadis ini ajar kita beradab dengan kemesraan dan mawadah ( kasih sayang) sesama orang islam. Hiasai lah diri dengan adab adab islam, moga bertambahlah kasih sayang antara sesama muslim. Jangan jadi orang yang beradab dengan adab buruk buruk. Kebiasaan kita akan merasa kalah dengan orang yang bercakap lemah lembut (soft spoken). 


Inilah sifat yang ada pada muslim sejati. Semoga kita semua berusaha kearah itu.


Untuk pagi ini, jom habiskan bacaan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.


#OPERASI PEPERANGAN

 

Sebaik sahaja bala tentera al-’Ala’ menghampiri Bahrain, mereka terus bertemu Qays bin ‘Aasim al-Minqari yang bersama kaumnya. Mereka juga bertemu Thumamah bin Athal RA & qabilahnya yang datang lengkap dengan senjata untuk membantu.

 

Pada masa yang sama juga. AlJarud bin alMu’alla menghantar tentera bantuan terdiri daripada penduduk Bahrain yang masih beriman berjumlah 4,000 orang anggota.

 

Adapun golongan murtad pula, mendapat tentera bantuan daripada Parsi berjumlah 9,000 orang anggota bersama 3,000 sedia ada yang telah murtad. Jumlah keseluruhan tentera musuh seramai 12,000 orang anggota.

 

Jika dibandingkan dengan tentera Islam pula hanya berjumlah 4,000 orang. Sekiranya golongan yang murtad itu tidak mendapat bantuan yang besar daripada Parsi nescaya mereka tidak berani berhadapan dengan tentera Islam.

 

Tentera Islam memilih strategi dengan menggali kubu untuk bertahan sehingga musuh yang ramai itu gagal menewaskan mereka manakala tentera Islam pula menyerang setiap kali berpeluang. Keadaan itu berlaku dalam masa sebulan.

 

Pada satu malam mereka mendengar suara bising dan riuh rendah di kawasan musuh. Al-‘Ala’ terus menghantar anggota risikan untuk mengintip keadaan musuh lalu mendapati bahawa mereka dalam keadaan mabuk meminum arak. Al-‘Ala’ dengan segera mengarahkan serangan ke dalam kawasan musuh itu.


Bersambung....



*akhirul kalam..*


MASIH ramai orang yang tak sempat nak ke majlis ilmu atas alasan sendiri - tidak cukup masa, sibuk dengan kerja, yang paling tak bagus kerana melayan rancangan kegemaran di TV, hatta ada yang bertemu teman teman ataupun di rumah bersantai.


Sebenarnya kalau kita tahu ganjaran yang ALLAH swt janjikan bagi yang hadi ke majlis ilmu di mana mana, pasti semua orang berebut rebut ke majlis ilmu.


Tapi yelah, orang yang tahu penting nya ganjaran pahala ini ialah yang sudah mati. Orang yang masih hidup dia ignore. Orang yang dah mati pula, kalau boleh nak balik  hidup di dunia ini kerana nak kumpul sebanyak mungkin pahala.


Orang yang masih hidup tak nampak faedah mencari pahala yang banyak. Nanti bila dia sudah meninggal dunia, barulah dia tahu dan mengakuinya.


So, janganlah segan segan nak pi dengar dan belajar tafsir al Quran, bacaan hadis Nabi saw, sirah Nabawiyah dan para sahabat kerana selangkah ke majlis ilmu 10 langkah ALLAH swt buka jalan ke syurga... 


inshaALLAH..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Secukup rasa dari,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S