PkpYr3.300.OMICRON
*[PkpYr3.300.OMICRON?]*
#TERSANGKUT JEM KRENG
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Operasi Menyerang(2]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Pertengahan minggu Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Rejab dan Syaaban is just around the corner. Ramadhan menanti, moga di panjangkan umur hingga bertemu Ramadhan yang setia menanti...
Pada yang yang keluh kesah hari ini, Ingat lah kita ada Allah menanggung segala keluh kesah kita, kena gaya kita letakkan keluh kesah padaNya kita dibantuNya itu dah pasti. Yang tak pasti, bagaimana kita membalas segala kesudianNya untuk menanggung segala resah kita itu. Ini yang payah kita nak sedar kerana kadang2 kita akan rasa kita punca kehebatan kita.
“Ya Allah bantulah kami yang berada dalam kesusahan di luar sana dan atas apa yang telah Kau bantu kami semua, Kau sedarkan kami tentang Sifat JALAL WAL IKRAM Mu dalam hati kami, tambahlah ketaatan kami pada Mu” Aaaminn...
Sedarlah kepada pencari hidayah, Sesungguhnya, permulaan pada pencarian hidayah adalah ketaatan pada Nya.
Teringatkan ayat tersohor ini, Al Ankabut ayat terakhir -
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan org2 yang berusaha bersungguh sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan jalan Kami (yg jadikan mereka bergembira serta dapat keredaan); sesungguh nya (pertolongan bantuan) Allah adalah berserta orang orang yg berusaha membaiki amalannya”
Renung2kanlah, bukan hanya setakat tunggu seru kita kena cari seru..
Alhamdulillah. Semalam meskipun tidak semuanya berjemaah di rumah Allah tapi semua solat lima waktu tertunai berjemaah. Terima kasih Allah. Subuh bersama ahli (terpaksa di ruang tamu rumah kerana subuh lewat waktu sadiqnya sekarang, ada hal nak kena keluar rumah awal, kalau tak kelam kabut, solat, wirid dan doa baisanya selesai 650 pagi). Mujurlah Allah izinkan solat zohor berjemaah di pejabat bersama staff. Asar bersama rakan di Range @ Tropicana yang menyaksikan pemikiran datang kalau ribu riban untuk kelengkapan golf tu boleh; maka, berapa nak balas balik sedekah pada ahli kelurga dan masjid. In shaa Allah, ada. Menuju balik daripada Tropicana, cuba penuhi temu janji jam 630 paling lewat di iGC pula tapi jalan pulang jem kreng..terpaksa mohon maaf dan penangguhan. Akhirnya, tanda syukir amat pada Allah atas izinNya dapat “spent” kemahuan duniawi - putter PXG dan pefomance shaft Darkness KAEN - saya berusaha keras kejar solat maghrib supaya dapat berjemaah di mana mana Masjid. Akhirnya, Allah izinkan berjemaah di Masjid Mujahideen Damansara (kata Charles: Ni Masjid selalu pergi solat masa di KPP Maryland Damansara kampus Jan-Nov 1987). Usai sunat ba’diyyah, bersegera perlahan pandu Ncs68 A180 dalam rintik rintik dan jem masih padat sehinggakan Google Maps arahkan saya balik ke Seri Minang melalui Jalan Parlimen. Syururlah, Alhamdulillah. Alhirnya isya diizinkan Nya berjemaah di masjid Nurul Ihsan Cheras. Nak ke Surau Al Amin takut terlepas al Takbirah al Uula - takbiratul ihram sebaik Imam melakukannya. Selesailah yag utama dan yang wajib. Terimakasih Allah selebihnya tinggallah zikir, solat malam dan segala yang sunat. TAMAT.
Jom sambung... Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#operasi menyerang (2)
Akhirnya tentera Islam berjaya mengalahkan musuh dengan berjaya membunuh sejumlah besar termasuk para panglima perang dan menawan sebahagian yang besar musuh. Mereka yang diatwan termasuk pemimpin murtad Bahrain, al-Munzir bin al-Nu’man.
Dalam masa yang sama, al-‘Ala’ mengarahkan qabilah yang masih Islam supaya menunggu di setiap laluan bagi memburu musuh yang melarikan diri. Ada satu pasukan tentera musuh yang menyeberangi laut dengan menggunakan perahu dan kapal. Mereka menuju ke Kawasan yang bolah menyelamatkan diri di daerah teluk itu.
Al-‘Ala’ terus memburu musuh-musuh itu dengan menunggang kuda dan unta. Apabila melihat musuh menyeberangi laut di kawasan teluk itu, al-‘Ala’ sekali lagi bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT dengan menyebut beberapa kalimah dan memerintahkan agar para anggota tentera mengikutinya:
“Wahai Tuhan yang Maha Penyayang di kalangan mereka yang penyayang, wahai Tuhan yang Maha Bijaksana, wahai Tuhan yang Maha Mulia, wahai Tuhan yang maha Esa, wahai Tuhan yang bergantung Kepada-Nya segala sesuatu, wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Pemurah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau sahaja, wahai Tuhan kami.” Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 6 ms, 121
Seterusnya al-‘Ala’ RA dgn pantas laksana daratan mengharungi lautan diikuti oleh anggota tentera dengan berkuda dan menaiki unta. Sehingga mereka berjaya menentang musuh dan mengalahkannya, kemudian kembali semula ke pangkuan dengan selamat.
Satu lagi karamah kurniaan Allah SWT kepada al-‘Ala’ bin al-Hadrami RA ialah bersama mereka ikut serta seorang rahib (paderi) Kristian, yang terus memeluk Islam apabila melihat sendiri karamah yang berlaku.
Akhirnya bumi Bahrain bebas daripada gejala murtad, al-‘Ala’ RA membahagikan harta ghanimah mengikut hukum syara’. Kemudian diutuskan berita kemenangan kepada Khalifah Abu Bakar RA dan cara pembahagian harga ghanimah di laporkan juga. Kemenangan daripada Bahrain dan mengakui cara yang dilakulan oleh panglima al-‘Ala’ bin al-Hadrami RA.
Esok.. PENGAJARANNYA.
#Akhirul kalam.
Seringkali mengeluh dan berasa sedih kenapa Allah selalu menangguhkan permintaan kita. Pernahkah kita terfikir tanggungjawab kita sebagai hamba Nya?
Nabi saw ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" Di jawab : "Solat pada awal waktu." (Riwayat Tirmidzi 155)
Bentuk diri dengan solat pada awal waktu. Tinggalkan sementara urusan dunia, dan tunaikan tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta.
Kemudian rasakanlah akan. kelapangan yang Allah akan berikan pada kita.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Coretan Pagi oleh,
<ncs@SeriMinang>
Comments
Post a Comment