PkpYr3.301..OMICRON
*[PkpYr3.301..OMICRON?]*
#Bayangkan saat kembali pada Allah
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (PENGAJARAN)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Yaum al Khamīs.
TAHNIAH Mubarak’alaikum pada Makayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, para sahabat dan sahabiah, rakan taulan yang berpuasa pada hari ini. Untunglah kerana pada hari ini adalah antara hariiamalan dibentangkan oleh Malaikat kepada Allah SWT.
“Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Tirmizi (747)] [Imam al Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]
Semoga menjadi motivasi pada saya yang makin lemah iman di kehadiran Ramadhan yang semakin hampir ini.
Semalam ternyata kehendak duniawi atasi fikrah ukhrawi bilamana gagal mendahului solat berjemaah dalam solat lina waktu. Walaupun berjaya berjemaah tiga waktu tapi tidak puas hati, kenapa tidak lima waktu. Maka, kena lah bertekad hari ini jadikan lima waktu berjemaah.
Tak nak lah kita menyesal tanpa berfikir dari sekarang kerana kita yang tahu dosa kita dan apa amalan yang hendak di buat menutup segala kelemahan kita.
Moga mudahlah disoal tentang siapakah tuhan kamu? Kerana jika kita mampu menjawab : “Allah tuhanku”, keadaannya kubur akan terus berubah. Yang nak dikhuatirkan sekarang adalah soalan semudah itu pun kita tidak mampu nak jawab.
Walaupun ketika hidup di dunia, kita mungkin sentiasa mengerjakan amalan amalan soleh, tetapi tetap diajukan banyak soalan oleh malaikat Mungkar dan Nakir, kerana menurut Ibn Qayyum dalam kitabnya alRuh, ada hal yang pernah dilakukan hingga jadi begitu. Yang terutama ialah cuai pada solat, tangguh solat atau tidak menjaga solat dengan sempurna.
Tak terfikir sekarang, tapi menyesallah suatu masa suatu ketika nanti.
Allahuakbar!
Bacaan pagi dari buku fiqh siasah khulafa arrasyidin diteruskan.
PENGAJARAN
Perkara yang berlaku di Bahrain mempunyai banyak persamaan dengan daerah yang lain. Wujud kumpulan Islam yang tidak terpengaruh dengan gejala murtad dan berperanan mempertahan kan Islam dan mengalahkan musuhnya. Situasi di Bahrain ada beberapa keistimewaan tersendiri, diantaranya:
1) Raja Munzir bin Sawi RA yang beriman memerintah dengan adil, dilupakan oleh sebahagian penduduk Bahrain setelah dia meninggal dunia. Keadaan itu menunjukkan bahawa pengaruh dunia bersifat sementara waktu, melupa kan hati yang tak mendapat hidayah terhadap jasa Islam kepada mereka. Lalu dengan mudah memilih jalan pintas sementara waktu di dunia sehingga sanggup menjadi murtad.
2) Terdapat dalam kalangan mereka, ulama’ yang berjasa dan berperanan iaitu alJarud bin al-Mua’alla RA asalnya seorang paderi. Kemudian nya memeluk Islam dan tinggal di Madinah bagi mempelajari agama daripada Rasulullah SAW. Selepas itu pulang ke tanah airnya, Bahrain. Itulah contoh ulama’ yang benar benar menjadi pewaris para nabi, bukan hanya mengajar sahaja tetapi mengajarkan ilmu dan berjuang.
3) Terzahirnya karamah, iaitu perkara luar biasa daripada orang yang bukan nabi dan rasul. Adapun yang berlaku kepada Rasul dinamakan Mukjizat.
Sambung esok lak...
*Akhirul kalam...*
Bayangkan jika kita kembali pada Allah SWT di dalam keadaan sentiasa buat maksiat, sudah tentunya pada malam pertama berada di alam barzakh, kita sudah tiada kekuatan kelebihan, roh di awang awangan sehingga lah selesai urusan soal jawab di dalam kubur.
Beruntunglah jika mampu menjawab dengan lancar segala soalan yang diajukan, pada ketika itulah kubur akan dilapangkan, sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW, Allah akan perlihatkan keadaan terbenamnya pada hari tersebut dan kita akan terpaku melihat suasana pada ketika itu.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Goresan Seawal pagi dari,
*<ncs@SeriMinang>*
Comments
Post a Comment