PkpYr3.302

 *[PkpYr3.302.OMICRON?]*

#BAGAIMANA KESIHATAN DIGUNA

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Rehat)


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di keberkatan pagi Jummat yang serba mulia ini, saya doakan moga  Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua diberi kan sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain, sekeping hati yang mampu memaaf kan kesalahan, minda yang mampu melupakan semua kepahitan dan jiwa yang tak pernah rapuh imannya. Aamiin.


Semoga kehidupan kami ini dijadikan untuk berbuat segala kebaikan, kematian pula sebagai ketenangan dari segala kejahatan, dan Sesungguh nya kami ingin kembali kepada Mu dengan jiwa yang tenang.


Semalam, diuji hebat dengan tahap keimanan menurun dari pagi sehingga ke malam. Keletihan dan kurang rehat pun ada peranan, hingga kan usai berjemaah maghrib terus tinggalkan surau bersama programnya - yassin & tahlil. Lansung rehatkan diri, sambil berputar putar muhasabah satu persatu. Menanti juga panggilan telefon dari pemilik Vellfire yang saya seretkan sedikit tercalar di bahagian tepi belakangnya akibat “microsleep”, tapi tak juga terima sehinggalah tiba isya’, segera saja bersolat Berjemaah di “surau” di ruang tamu rumah. Dan; Kemudian nya saya terus lena....


Terjaga seawal dinihari yang masih berada di fajar kazib; saat bayangan cahaya yang muncul di ufuk timur dan memancar dari bawah terus mengarah ke atas di tengah tengah langit; muncul saat seketika, kemudian menjadi gelap; terpisah dari ufuk menyaksikan kegelapan antaranya dan ufuk; tiba tiba teringat saya pada satu hadis tersohor (apatah lagi ketika badan lemah kurang tenaga sehingga mengurang kan nikmat rasa beribadah): 


“Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawab kan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah dengan pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yg dingin?’ Tidak seorang pun diizinkan bergerak dari kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia belanjakan harta nya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.” (Diriwayatkan at Tirmidzi)


Sama samalah kita jaga kesihatan jasmani, untuk membolehkan kita juga jaga kesohatan rohani juga. Hal kerohanian amat penting menentukan kesudahan nasib kita sebagai  manusia. Islam ajar kita seimbangkan urusan duniawi dan ukhrawi.


 Pagi jumaat ini kita berehat dari bacaan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin...


*Akhirul kalam...*


“Sihat” yang diberikan oleh Allah adalah nikmat yang wajib disyukuri. Satunya, lafazkan hamdalah, duanya;  dekatkan diri kepada Nya. Hakikat syukur disebutkan Imam al Ghazali di dalam kitabnya Minhajul Abidin iaitu  “mengguna pakai nikmat tersebut untuk melakukan ibadah kepada Allah” 


Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda: “Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.”

(Riwayat al-Hakim)


Selamat melata di bumi Allah bersama segala nikmat Nya yang tak terhitung, janganlah sekali terngadah terus saja mengalah, Teruskan saja Muhasabah drii bukan cari salah orang lain. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam.


Sekelumit dari insan hina,

*ncs@SeriMinang*

24 Jamadil Akhir 1443 H

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S