PkpYr3.304..OMICRON

 *[PkpYr3.304..OMICRON?]*

#Bagaimana kita harus bersikap pada dunia untuk menjadikannya sebagai ladang akhirat.

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin  (SERANGAN KE ATAS YAMAN(2))


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


26 Jamadil Akhir 1443 H, mentari Hari Januari 30 Hari Ahad Menjelma!


Duhai Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua, dibangunkan seawal pagi hari ini, macam macam perkara yang kita rancangkan, tidak ada satu pun yang pasti, tapi yang past KITA hidup di dunia ini hanya sementara sahaja dan yang kekal adalah di alam akhirat nanti. Dalam hidup kita yang singkat ini, cuba renungkan kembali, apakah hidup kita selama ini banyak memberi manfaat atau pun menyusahkan orang lain?


Kita manusia memang diciptakan dengan macam2 watak karakter. Berdasarkan tingkat kesadaran masing2, aktiviti juga berbeza. Yang sedar kehidupan di dunia hanya sementara, akan menyeimbangkan duniawi dengan akhiratnya. Yang pasti  manusia ada jalan takdir hidup masing masing. Pilih lah dengan bijaksana ketika masa masih ada...


Dunia diciptakan untuk memenuhi akan kehendak manusia. Dalam tafsir surath Al Baqarah ayat 29, ustaz Aiman , “Dia lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadika Nya tujuh langit.Dia Maha mengetahui segala sesuatu.” 


Disyarahkan beliau, bumi ini dijadikan untuk manusia, manusia ada hak untuk memanfaatkan segala apa yang ada di dalamnya. Pemanfaatan itu tentu kena difahami betul betul...


Kisah yang tiada bandingan nya di muka bumi ini, Qarun. Dikisahkan,  awalnya Qarun seseorang yang miskin. Lalu, meminta Nabi Musa as doa kannya diberikan kekayaan. Doa itu akhirnya dikabulkan dan Qarun jadi orang yang kaya. Al Quran gambarkan betapa kekayaannya itu mellimpah limpah. Namun, kecintaannya berlebihan pada kekayaannya telah memunculkan perasaan sombong yang akhirnya membawa pada kebinasaan.


Dalam satu nota lain, Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra Nabi saw. berkata, “Celaka budak dinar, dirham, dan kain (qathifah). Jika diberi dia redha, jika tak diberi dia tak rela.” Melalui hadis ini, ada satu cataatn nota dicatatkan, Rasulullah saw. menekankan bahwa sungguhnya tiak elok manusia hatinya terpaku pada keberadaan harta. Menjadi kaya memang tidak salah, tapi menempatkan kekayaan pada hati tidaklah dianjurkan. Tercatat dalam sejarah, tidak sedikit para alim ulama yang kaya, tapi kekayaan tidak menggoyah kan hati mereka menyikapi kehidupan di akhirat.


Alhamdulillah. Malam tadi walaupun ada urusan dan tidak sempat ke surau tapi urusan solat semuanya diizinkan Allah di didirikan secara berjemaah. Dan sempat curi masa ketika makan malam seketika mendemgar kuliah Live  Ustaz Abdul Salam Abdul Jabar. Sedikit yang dapat, dan ianya juga agak related dengan apa yang di sebut kan di atas tadi. Terkesan dengan kisah dan sikap Omar Abdul Aziz yang walau pun diracuni  pembantunya tapi masih boleh memberi kebaikan kepada orang yang mengkhinatinya supaya lari sebelum dia di bunuh. Saya jadi terinspire menggali kisah ini. Kalau ada masa in shaa Alllah, saya akan usahakan dan sharekan di sini. 


Tambah berkat pagi ini, sama sama kita teruskan bacaan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.


#SERANGAN KE ATAS YAMAN(2) 


Nama penuh al Aswad ialah ‘Abhalah bin Ka’ab Ghauth, dia digelar al Aswad kerana mukanya yang hitam. Selain itu, digelar Zu alKhimar kerna selalu menutup mukanya. Al Aswad ialah seorang yang berbadan besar dan gagah berani, beramal dengan ilmu sihir, nujum dan mahir dalam berpidato. Kelebihan itu digunakan mempengaruhi masyarakat yang jahil dengan mudah, dengan menggunakan kejahatan, kemahiran dan harta.

 

Apabila tersebar berita keuzuran Rasulullah SAW, al Aswad telah mengistiharkan dirinya sebagai nabi dan rasul bagi pihak Tuhan. Namun, sesekali tidak menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dia menggelar dirinya dengan Rahman di Yaman seperti Musailamah menggelarkan dirinya Rahman di Yamamah.

 

Bertindak dengan cara yang ganas, al Aswad menawan dan menyeksa orang orang yang beriman. Antaranya seorang yang bernama al Nu’man RA yang dihiris dan dipotong jasadnya sedikit demi sedikit sehingga mati syahid.

 

Dalam suasana itu, muncul para pemimpin yang berani lalu bangkit menyedarkan dan berjaya meneguhkan iman masyarakat kampung serta pengikut dengan pidato yang berkesan. Antaranya Muran bin Zi ‘Umar al-Hamadani, Abdullah bin Malik al-Arhabi, Syurahbil bin al-Simat.

 

Abdullah bin Malik al-Arhabi menegaskan: “Wahai penduduk Hamadani Sesungguhnya kamu tidak menyembah Muhammad, sebenarnya kamu menyembah Allah sahaja, Tuhan Muhammad yang Maha Hidup selama lamanya, tidak mati sekali kali. Tetapi kamu wajib mentaati Rasul-Nya dengan mentaati Allah. Ketahuilah bahawa Dialah yang menyelamatkan kamu daripada api neraka, dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sahabat Muhammad itu berhimpun untuk membawa kesesatan.”

Ibn Hajar al-Asqalani, al-Isobah fi Tamyiz al-Sohabah, jld. 4 ms. 192

 


Bersambung....


*akhirul kalam...*


Dalam sebuah ungkapan, dunia adalah ladang akhirat (ad dunya mazra’atalakhirah) 


Maksudnya,  bagaimana kita harus bersikap pada dunia menjadikannya sebagai ladang kita menanam berbagai amal baik untuk diraih di akhirat., juga di raih di dunia atas ihsan Allah asseseb kita berbuat baik. 


Jika amal yang kita tanam yang kurang baik, kita kena bersiap dengan hasil yang kurang baik. Sebaliknya jika yang kita tanam berasal yang baik, maka kita akan bergembira dengan hasil yang baik pula di akhirat


“Siapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun dia akan melihat (balasan) nya. Siapa yang mengerja kan kejahatan sebesar zarrah pun dia akan melihat (balasan)nya pula.”


Semoga bermanafaat.


Jom imarahkan masjid surau solat subuh berjemaah, kemudian lapang kan masa untuk majlis ilmu di hari cuti sebelah dini. Tak ada masa dengar live ikut fb yang saya share. Pada yang bekerja selamat berkhidmat.. 


Wallahu’alam

Barakallahufikum 

Wassalam...


Ikhlas dari,

*ncs@SeriMinang*

#suraualaninkuliahsubuh-limaperkarauntuklimaperkara

#https://youtu.be/XOFxJwIAqGw

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S