PkpYr3.305..OMICRON

 *[PkpYr3.305..OMICRON?]*

#Perginya Khalifah Umar bin Abdul Azis bersama Nafsu KAMILAH. 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (REHAT)


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sama sama kita sambut hari Isnin hari ini dengan zikir zikir yang moga akan di terima Allah swt, sehingga diberi kan rahmat oleh Allah dan akan membawa  syafaat Nabi Muhammad saw  tika di akhirat kelak. Sementara di dunia, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua: akan di berikan hati yang tenang dan  keimanan yang teguh.


Jom ulang ulang di bibir perlahan lahan dan ulang juga di hati, zikir hari Isnin yang di saran oleh Imam AlGhazali.


‎لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم


“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar” 


Pesan Nabi saw, ini satu kalimah yang jika disebut di ganjarkan pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan hal hal duniawi. Kita tak nak sekarang tapi kita pasti nya nakkan ini di akhirat nanti. Lupakan Monday Blues...


Alhamdulillah. Semalam dalam melayan kehidupan dunia yang tidak ada sudah dengan kehendak nafsu dan juga berdosa sana sini, Allah izinkan juga beradab duduk didepan asatizah menadah sedikit ilmu. Seusai subuh nya, bersama Ustaz Loqman perihal 5 perkara untuk 5 perkara. Malamnya, usai beriadhah di IGC, berkejar untuk bersama ustaz Abdul Razak menadah Bahrul Mazi Juzu’ 17  sifat Qiyamat, ini adalah Pengajian Baru. 


Jazakumullahkhair pada AJK SURAU AL AMIN yang telah berjaya menyusun semua ini. Nota untuk kedua duanya kuliah memang banyak mengkesankan saya selaku salah dari seorang jemaah yang mencatatnya.


Cetusan dari Ustaz Abdul Salam Abdul Jabar malam semalam tentang betapa bilamana manusia sudah memiliki tahap nafsu yang tertinggi NAFSU KAMILAH, semuanya akan mudah dalam hidup. Cari gali saya menyebabkan saya share kisah menakjubkan ini :


#Penyebab Kematian Khalifah Umar Abddul Aziz dan pemaafnya beliau.


Wafatnya Umar bin Abdul Aziz satu  kehilangan besar kaum Muslimin kerana dia adalah seorang khalifah amirul mukminin yang zuhud. Dia berjaya memberi kesejahteraan hidup pada rakyat di bawah naungan Dinasti Umayyah. 


Khalifah Umar bin Abdul Azis meninggal dunia di sebuah kota di wilayah Himsh pada 20 atau 25 Rajab 101 Hijriyah  di usia 36 tahun 6 bulan.  


Penyebab kematiannya? Dalam kitab Al Bidayah wa An Nihayah, Ibnu Katsir  ada menjelaskan wafatnya Umar bin Abdul Aziz karena punca penyakit tuberkolosis (TBC) selepas di racuni seorang pembantunya yang diberi seribu dinar oleh kuncu kuncu yang terancam oleh ketegasannya membenteras aktiviti aktiviti yang tidak sihat dalam kerajaan nya. Umar meminta pembantunya itu meletakkan wang rasuah yang diterima meracuninya di Baitul Mal dan berpesan “Pergilah ke tempat yang tidak seorang pun tahu!"


Selama 20 hari ia menahan sakit akibat racun. Menjelang detik2 meninggalnya, “Aku lah yang Engkau perintah lalu aku mengabaikan, dan akulah yang Engkau larang namun aku durhaka tiga kali. Tapi tidak ada Ilah selain Allah.”


Inilah perkara yang sukar untuk di amalkan, berada di kedudukan boleh membalas malah menyiasat siapa yang bersekongkol menbunuhnya tapi dia tidak melakukannya. Subhanallah.  


Kisah ini seharusnya menjadi teladan kepada kita dalam berdepan dengan orang yang menzalimi kita. Kita mungkin tak boleh maafkan orang yang buat kita atau ahli kita sampai ke tahap itu, tapi ambillah kisah ini untuk di aplikasikan mana yang mampu. Moga menjentik jiwa.


Alhamdulillah. Pagi ini kita rehat dari petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin...


*Akhir kalam...*


Hindarilah diri dari di kuasai nafsu nafsu AMMARAH yang begitu jahat meguasai jiwa sehingga berani berbuat kejahatan dan susah nak ambil iktibar dan bertaubat. Lawanlah dan berjihadlah menentang  LAUWAMAH dan MULMAHAH, kalau tidak kita hanya ada kesedaran tapi tetap juga terdorong dengan amalan amalan yang menbawa pada keburukan. 


Sebaliknya, mulakan jejak menjejaki nafsu nafsu baik setangga demi setangga dari MUTAMINNAH, ke RADHIAH hingga lah ke MARDHIAH. Semampu boleh usahakan sehingga sampai KAMILAH. Semoga kita akan tegolong dalam orang orang yang jinak tuduk pada maksud nafsu yang tenang, rela dengan segala ketetapan Allah, redha pada Allah dan Allah redha pada kita. 


Dan carilah maqam tertinggi, nafsu yang sempurna yang semata mata hanya berharap pada Allah dan inilah maqam nafsu para Nabi dan Rasul.


Wallahu’alam..

Barakallahufikum

Wassalam


Secebis seawal pagi dari,

*<ncs@SeriMinang>*

#https://youtu.be/EssHTWw98Hw

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S