PkpYr3.306
*[PkpYr3.306.OMICRON?]*#Sesiapa yang melakukan tipu daya ke atas Allah akan di balas tipu daya ke atasnya
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(3))
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua:
Semalam yang suram, bila mana yang negatif terlebih dari yang positif. Hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu.
Personally, Walaupun seawal pagi telah didiagnos Doktor Hukm ada bengkak prostat hingga saluran urin mengecil yang menjadi jawapan pada nikmat membuang air kecil semakin sempit dan perit, di tambah dengan masaalah blader tidak kuat sehingga urinating kekadang terkucil, tapi masih berdegil dengan dosa dosa yang tidak pernah bertepi. Dosa zahir dosa hati semua ada. Inilah manusia, betapa tanda ketuaan makin ketara, tapi masih tak sedar diri. Tinggallah diri sendiri untuk bangkit melawan semua ini. Siapapun kita jangan putus asa dengan rahmat Allah. Tapi jangan berhelah dengan hukum Allah.
Allahuakbar.
“Sesiapa yang melakukan tipu daya ke atas Allah, nescaya Allah akan membalas tipu daya ke atasnya.”
Sikap sebegini mengingat kan perihal sikap satu kaum yang dirakamkan oleh Allah dalam surah al Baqarah, ayat 65 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang orang antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, Kami berfirman kepada mereka: ‘Jadilah kamu kera yang hina”
Cari dan galilah. Semoga Allah jadikan kita sentiasa istiqamah dan iltizam atas kebenaran, diberi kekuatan untuk mengikutinya. Amin.
Kita teruskan bacaan pagi petikan dari buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#SERANGAN KE ATAS YAMAN(3)
Sekali lagi Allah SWT menunjukkan karamah (perkara luar biasa) bagi menyakinkan mereka yang beriman. Karamah itu ditunjukkan melalui seorang ulama’ yang terkenal daripada Yaman, iaitu Abu Muslim al-Khawlani yang bersama Islam tetapi tidak sempat menemui dan menatap wajah Rasulullah SAW.
Maka berlaku dialog antara kedua-duanya:
“Adakah kamu percaya Muhammad Rasulullah?” Abu Muslim menjawab: “ ya, Sesungguhnya Baginda SAW ialah perusuh Allah.” Al-Aswad bertanya: “Adakah kamu percaya bahawa aku ini Rasulullah?”Abu Muslim: “Aku tidak mendergar.”
Setiap kali al-Aswad mengulangi soalannya, Abu Muslim tetap memberi kan jawapan yang sama. Al-Aswad dengan marah memerintahkan agar dinyalakan api yang besar membakar Abu Muslim al-Khawlani di dalam api itu. Namun, api itu langsung tidak memberikan apa-apa kemudaratan walau sedikit pun kepada Abu Muslim.
Kejadian itu menyebabkan salah seorang daripada pengikut al-Aswad berkata: “Lepaskan dia. Kalau tidak, nanti akan mempengaruhi pengikutnya.”
Abu Muslim al-Khawlani dibebaskan dan dihalau, lalu dia memilih untuk menuju ke Madinah. Abu Muslim al-khawalani RA tiba di Madinah setelah Rasulullah SAW wafat.
Setibanya di sana, dia terus ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat di salah satu tiangnya, kebetulan pada waktu itu Umar bin al-Khattab RA memerhati kannya.
Setelah selesai sembahyang. Umar RA datang menemui nya dan bertanya: “Awak datang dari mana?” Abu Muslim menjawab: “Dari Yaman.” Umar tanya lagi: “Bagaimanakah ceritanya ada seorang yang dibakar tidak hangus?” Abu Muslim menceritakan nya hingga orang itu dihalau dan ke Madinah. Umar RA terus bertanya: “Berkata benar atas nama-Nya, adakah kamu orangnya?” Abu Muslim menjawab: “Wahai Tuhanku Akulah orangnya.”
Umar terus memeluk Abu Muslim dan menangis, dan membawanya bertemu Khalifah Abu Bakar RA, meletakkan dirinya di hadapan seraya berkata:
“Alhamdulillah Tuhan yang memberi kesempatan kepadaku melihat adanya di kalangan umat Muhammad SAW orang yang diberi kelebihan apa yang Allah kurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.” Asad al-Ghabah, jld 6, ms. 304, no. 6247 dan ibn Abd al-Barr, al-Isti’ab, jld. 4, ms. 1758
Bersambung lagi..
*Akhirul kalam...*
Jawapan bwrdepan dengan hukum Allah akan kembali kepada keimanan kita. Jika niat di hati memang untuk patuh kepada wahyu, maka kita akan ikut. Tetapi jika niat di hati hanya hendak sekadar memenang kan kehendak peribadi, maka kita mungkin akan mencari pandangan yang konon nya membenar tuntutan nafsu kita.
Dalam satu bacaan, atas sebab diatas lah, Imam Asy Syatibi menyebut:
“Memberi pilihan kepada orang yang bertanyakan fatwa adalah bercanggahan dengan maqasid syarak”
Ini kerana orang awam yang tidak mempunyai ilmu akan memilih pandangan yang lebih disukai hawa nafsunya, bukan atas dasar disiplin ilmu. Semoga kita semua tidak terjebak.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
dari si Hina dan pendosa,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment