PkpYr3.307..OMICRON

 *[PkpYr3.307..OMICRON?]*

#Jangan risau kabulnya doa tapi risaukan kesempatan untuk berdoa

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(4))


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam Rabu buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.


INDEED, saat ini pagi hari Rabu, waktu yang tepat untuk berdoa selepas kita mengawali pagi sebelum subuh dengan minimum dua rakaat tahajjud diikuti satu rakaat witir dan  doa. Apatah lagi, dengan waktu sekarang, jika terjaga jam 6 pagi pun masih sempat untuk aktiviti itu semua. Bagi umat Islam dianjurkan awali sesuatu dengan doa, bahkan setiap hari ada doa dipanjatkan secara khusus. Tinggal nak buat atau tidak. Berdoa pada Allah adalah satu bentuk ketakwaan padaNya yang juga berserah diri dengan melakukan ikhtiar sesuai dengan syariat. 


Teringat saya satu Pengisian dari Ustaz Lukman Daud yang syarah tentang Lima perkara untuk lima perkara. Antara kata kata nya yang menyetuh kalbu adalah:


[Abu Hurairah ra: siapa yang Allah rezekikan lima perkara dia tidak akan terhalang dari lima perkara. Salah satunya: Sesiapa yang Allah rezekikan dalam hidupnya banyak doa, Allah akan kabul kan. Ghaffir ayat 60:


‎وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoa lah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur dari beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”


Kata kata Sayyidina omar -ً “aku tak risau tentang kabulnya doa tapi aku risaukan tentang adakah kesempatan aku untuk berdoa”.  Janganlah berhenti berdoa. Doa kita Allah akan makbul kan. Jangan buat main main dengan doa. Nak nak doa dari mak dan ayah untuk anak. Sepelik mana pun doa yang baik baik pun Allah akan kabulkan. Kisah ada yang doa untuk bertemu dengan ayah yang sudah pun meninggalkan dunia. Allah tunai kan juga. Orang yang nak syurga di akhirat, mintaklah setiap hari, siapa pun kita Allah akan kabulkan. Doa lah pada Allah untuk apa sekalipun untuk kebaikan kita] 


Mujurlah semalam berlalu dengan penuh seimbang walaupun dosa tak pernah berhenti “meter” nya. Seawal subuh berjemaah di surau al amin, zohor pula walaupun di rumah kelab IGC, Allah ada kan juga seseorang untuk berjemaah zohor dengan saya. Asarnya di surau al amin, maghrib berjemaah di al amin walapun tiba lewat tapi Allah adakan seseorang untuk jadi makmum saya. Akhir sekali, jadi makmum pada anakda Alhafiz yang menjadi imam di surau al amin. Terimakasih Allah kerana dalam doa doa setiap kali lima waktu, saya tidak pernah saya gagal untuk berdoa dengan doa ini walaupun nak cepat tara mana sekalipun. 


‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, beri kan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” 


Doa ini termaktub di dalam alBaqarah  201. Semoga doa akan jadi makanan ruji kita seharian. Aaaminnn.


Untuk bacaan pagi, saya sertakan lagi sambungan petikan dari buku FIQH SIASAH KHULAFA ARRASYIDIN...


#SERANGAN KE ATAS YAMAN(4)


Abu Muslim alKhawlani adalah orang yang dikenali sangat kuat berpegang dengan agama dan berani menegakkannya sehingga akhir hayat. Itulah wali Allah yang sebenarnya, seperti dinyatakan oleh firma Allah SWT: “Ketahuilah Ssungguh nya wali wali Allah, tiada ketakutan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62): (wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (63); Untuk mereka sahaja lah kebahagian yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tiada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. (64).” [Surah Yunus: 62-64]

 

AlAswad berjaya mempengaruhi beberapa qabilah dan muka untuk menyirkirkan pemerintah Islam dengan melancarkan serangan ke atas Sana’a. Sebuah kota yang terbesar di Yaman setelah pemimpin nya iaitu Syahar bin Bazan gugur syahid. Selain itu, isteri Syahar (bernama Azad) turut ditawan dan adik adik Syahar  berundur. Rasulullah SAW yang berada dalam keuzuran mengutus surat kepada para pemimpin dan sahabat di Yaman membantu anak-anak Syazan dan anak-anak Syahar.

 

Keluarga Syahar dan Syahan itu berundur dari Sana’a dan mengumpulkan kekuatan daripada qabilah-qabilah yang masih beriman. Sama ada yang beriman secara terbuka dan mereka yang bersembunyi.

 

Mereka berhasil mengatur langkah bagi membunuh al-Aswad dengan pertolongan Azad, isteri Syahar yang ditawan dan dikahwininya. Walaupun begitu Azad tetap beriman dan mengambil kesempatan daripada perpecahan antara al-Aswad dan panglimanya Qays bin Abdi Yaghuth al-Muradi.

 

Akhirnya mereka berjaya membunuh al Aswad dan memancung kepalanya. Ketika azan subuh dilaung kan, orang ramai dalam kebingungan kerana orang yang masih beriman atau pengikut al Aswad termasuk pengawal pengawalnya belum mengetahui kematian pemimpin murtad itu.

 

Bersambung....


*<akhirul kalam...>


Saya sudahi pagi ini dengan satu lagi nota dari ala yang disampaikan oleh Ustaz Luqman Daud: 


[Sesiapa yang Allah rezeki kan dengan sabar, pasti tidak akan terhalang dari pahala yang tidak terhitung. Dalam Azzumar sebahagian dari ayat 10..


‎ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ


“Sesungguhnya orang orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"


Bersedekah akan dapat Ganjaran lebih 700 kali ganda tapi sabar lebih lagi akan ganjarannya. Sabarlah dalam menunaikan segala suruhan Allah, sabar dalam meninggal kan larangan Allah dan maksiat, sabar dan redha dlaam menerima ketetapan dari Allah.

Lagi banyak ibadah dan banyak sabar lagi banyak ujian akan di terima. Yang tidak solat akan cepat hilang sabar, yang solat sendirian pula akan kurang sabarnya kerana tidak sabar untuk berjemaah, sama sama tanam azam untuk menjadi orang yang dahulu kan solat berjemaah di rumah Allah. Sabar dari berbuat dosa akan mendapat pahala. Sabar dan redha dengan takdir Allah, ada yang diuji Allah tapi dia tersenyum saja kerana sabar dengan ketetapan Allah. Pada zaman nabi, Imran bin Hussin di uji dengan sakit ahmar tapi dia gembira dengan sakitnya: “bagaimana tak gembira kerana ini adalah hadiah dari Allah swt”.  Saat kita diuji kita tidak sekali ucapkan Allah zalim. Tapi ingat lah ketika diuji, bersangka baik dengan Allah, para maalaikat akan datang menziarah]


Moga bermanafaat...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam


Seikhlas nya Dari..

<NcS @SeriMinang>

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S