PkpYr3.308

 *[PkpYr3.308.OMICRON?]*

#Jauhilah ANA KHAIRUN MINHU 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Rehat)


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Salam pagi khamis penuh kesejahteraan seawal pagi seketika mentari masih belum tiba ini, marilah kita berdoa ( hafallah doa ini) 


‎اللهم نور قلوبنا بنور هدايتك كما نورت الارض بنور شمسك ابدا ابدا برحمتك يا ارحم الراحمين. "


 “Allahumma nawwir qolbi binuuri hidayatik, Kamaa nawartal ardho binuuri syamsik Abadan, abada,

Birohmatika Yaa Arhamar raahimiin”


“Ya Allah Terangilah hati hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti yang telah Kau Terangkan bumi dengan cahaya matahari selama lamanya, dengan rahmatMu Ya Maha Permurah lagi Maha Penyayang”


Teringat saya kepada Imam Aziz yang pernah menjadi imam surau Al amin suatu ketika dahulu kerana saban usai solat subuh, dia akan dendangkan doa ini dan saya merasakan syahdu dengan doa ini kerana Sesungguh nya kita perlu hidayah Allah setiap hari: hatta, kita ini adalah ahli masjid atau surau. 


Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun jua kedudukan kita, janganlah  sampai walau sebesar zarah pun ada perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.


Hari ini, ramai orang bersolat di masjid, membaca Quran, bersedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik dil hati, dia lebih baik daripada sahabat sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan. Jika kita pun ada  perasaan ini, berwaspadalah.


Jauhilah dari perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) Inilah yang menukar iblislaknatullah dari hamba Allah yang paling MULIA menjadi  makhluk yang paling HINA hinggalah ke hari kiamat. Berhati hatilah... 


Begitulah apa yang saya dapat dalam usaha nak cover balik kelopongan hari semalam yang Allah telah berikan segala nikmat di lapangam pagi dan petang di IGC. Malamnya walau badan kepenatan sehingga tidak.  mampu bangun, tapi seusai maghrib berjemaah lelap sekejap kemudian berlari ke surau Al amin menjenguk bersimpuh di depan ustaz Abdul Rahim Rafei walaupun hanya seketika. Dan inilah yang dapat dari Ustaz Rafei yang syarahkan kitab Hikam. 


[#Bergembira atas taat pada Allah.


Allah telah memutuskan (melarang) orang berjalan menuju kepadaNya dan yang sudah sampai pada Nya, (manusia ada dua : assarikun - ada yang sudah sampai pada Allah hingga rasakan dia ingat Allah sepanjang masa, melihat Allah dengan mata hati dan satu lagi - yang sedang berjalan menuju Allah dari melihat rasa kagum dengan keupayaan nya taat pada Allah. Ada pun yang masih sedang berjalan tuju Allah, belum dapat ikhlas dalam perjalanan menuju Allah, maka tidak ada apa yang nak dibanggakan. Masih tak dapat buat seperti yang diperintah Allah - ibadah seperti kita rasa kita lihat Allah atau sekurang2nya kita rasa Allah melihat kita.  Mengapa yang dah sampai pun di larang melihat dan merasa hebat dengan keupayaan mereka taat pada Allah. Ini kerana semuanya atas upaya Allah. Melihat Allah didunia ini sudah tentulah dengan mata hati. Ini semua kurnia Allah. Tanda Allah beri taufik hidayah pada hamba, ianya bila disibuk kan hamba itu dengan amalan taat pada Allah semua perintah Allah, tapi diputuskan Allah dari sifat ujub kerana belum rasa tepat setiap amalan yang di suruh Allah atau merasakan keupayaan taat itu kerana atas kehendak Allah. Sebab itu setiap kali azan - mari solat, mari menuju kejayaan - kita menjawab la haula wala kuwwata illa billah. Hanya atas kekuatan Allah kita boleh solat dan berjaya.  In shaa Allah, semoga Allah panjang kan umur kita untuk terus belajar kitab kitab. 


#Sifat tamak rakus sumber segala kehinaan.

#Rabbifirkiwaliwaludayyawarhamni.


Tasbih kifarah

Surah al asr.

Tamat 852 pm ]


Berderai airmata seusai solat isya kenangkan nikmat yang telah Allah kurniakan. Mana lagi nak di dustakan nikmat2 ini...


Bacaan petikan Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin berehat hari ini. 


*[Akhir kalam...]*


Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun..


“Manusia, kalau merasakan dirinya sempurna, maka dia akan menjadi orang yang ‘kurang’.  Demikianlah hidup kita ini, kalau kita merasakan diri kita ini kurang dan belum sempurna, bermakna kita akan menjadi orang yang rajin untuk pergi belajar, rajin mencari ilmu dan sebagai nya. Tetapi kalau kita sudah merasakan diri sempurna, Semua yang kita ingin tahu sudahpun kita ketahui ataupun kita bercakap “Buat apa aku nak mengaji lagi, semuanya dah tahu”, maka ketika itu kita akan menjadi manusia yang duduk di bawah satu kategori di dalam sifat al mazmumah, iaitu sifat sifat yang dicela oleh Allah SWT iaitulah sifat alujub (sifat rasa bangga dengan diri sendiri). Kita rasa kita sudah ‘molek’ dan juga  sempurna.


Wallahiyazubilah. 


Wallahu’alam

Barakallahufikum 

Wassalam.


Witten & Edited by,

*ncs@SeriMinang*

#Sifat ujub akan tingkattkan takabbur sifat di laknat Allah.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S