PkpYr3.309.OMICRON

 *[PkpYr3.309.OMICRON?]*

#HARI JUMAAT & KIAMAT

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(5))


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Jumaat hari yang kiamat berada dalamnya, semoga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua mengambil sebesar pengajaran daripada sebahagian apa yang ada pada hari Jumaat.


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya dicipta kan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam AS) daripada syurga serta tidak akan berlaku kiamat melain kan pada hari Jumaat.” 

- Riwayat Muslim (854)


Siapa yang bergetar hatinya saat disebut hari kiamat dan merasa takut Hari Kiamat adalah ibadah, dengan nya kesedaran dan semangat untuk persiapkan diri dengan bekal amal soleh semakin membara. Ibadah agung ini kelak akan Allah swt berikan ganjaran besar, berupa apa yang Allah sebutkan dalam ayat di bawah.


‎اِنَّا نَخَا فُ مِنْ رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوْسًا قَمْطَرِيْرًا ،فَوَقٰٮهُمُ اللّٰهُ شَرَّ ذٰلِكَ الْيَوْمِ وَ لَقّٰٮهُمْ نَضْرَةً وَّسُرُوْرًا


"Sungguh, kami takut akan (azab) Tuhan pada hari (tika) orang2 berwajah masam penuh kesulitan. Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan mereka keceriaan dan kegembiraan”

- (Al insan 10 - 11)


Inilah yang dinatijahkan dari apa yang saya dengar dari ustaz Saufi Azran malam tadi, ketika beliau mensyarah kan Tafsir Juz Amma Surah An naba’ 31-40. Namun, apa kah kita termasuk di dalam golongan yang benar bemar takut pada hari kiamat? 


Al Quran ada menceritakan berkali kali tentang peristiwa Hari Kiamat ini, digambarkan tak semua wajah ketakutan. Ada wajah wajah yang pada hari itu cerah ceria bahagia dikeranakan perilakunya di dunia. Itulah kelompok orang  di Hari Kiamat memperoleh kebahagiaan. Hairan ? Tak nak kah kita? Sedang kn kita mendengar nya setiap kali  ustaz ustazah berkuliah. Ini tanda rosak iman kita. Solat, sedekah, solat berjemaah, solat sunat, tapi masih ada sifat jahiliyyah dalam diri kita sehingga berpuak puak di rumah Allah pula. Ini kah tanda ilmu yang kita pelajari tidak berkat? Nak bermasam muka nak benci pun sesama yang berjemaah, sungguh menghairankan. Sedangkan, semua tahu kisah kiamat.


Beriman kepada hari akhir bukan hanya dipercaya, ia nya juga perlu dipraktis  dalam kehidupan sehari hari. Dengan ini, pasti beriman kepada hari akhir memberi kan hikmah dalam kehidupan sehari hari. Barulah senang hendak berkawan dengan Sesiapa saja tanpa dengki. 


Kita sambung sikit bacaan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.


#SERANGAN KE ATAS YAMAN(5)


Setelah kepala alAswad dipamerkan kepada orang ramai, pengikut al Aswad lari bertempiaran. Islam berjaya menguasai Sana’a semula tanpa peperangan. Berita kematian al Aswad dimaklum kan kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda mengumum kan nya kepada para sahabat:

 

“Datang berita kepada Nabi SAW dari langit pada suatu malam ada seseorang yang terbunuh. Sabda Baginda SAW bahawa al-l Aswad telah dibunuh semalam, yang membunuhnya seorang l yang diberkati. Ditanyakan  para sahabat. “Siapakah?”Sabda Rasulullah Saw: “Fairuz, berjayalah Fairuz.”

- Al Tabari, Tarikh al Tabari. Jld 2, ms. 470

 

Mu’az bin Jabal RA datang ke Sana’a dan dilantik jadi Amir (pemimpin). Akan tetapi selepas tiga hari saja, Mu’az meninggalkan Sana’a dan kembali ke Madinah setelah mendapat berita kewafatan Rasulullah SAW.


Bersambung lagi...


*Akhirul kalam..*


Teringat saya nota kuliah ustaz Burhanudin Helmi, moga kita teransang untuk bertindak seperti ini...


“Sebenarnya syurga rindu nak bertemu dengan 4 golongan.

•orang yang menjiwai al quran. Hayati dalami seronok dengar atau baca alquran

•orang yang jaga lisannya tak sakiti hati orang

•orang yang teruja dengan hadirnya Ramadahn. Selalu berdoa moga di panjangkan hidup sehingga Ramadhan 

•orang yang suka memberi orang makan. Dia ni memang cukup pemurah suka beri pada yang memerlukan dan serba kekurangan. 


Semoga kita tergolong dalam golongan ini. 


#biarkitabergarautapibercakapbenartapitidakbercakapdusta”


Moga bermanafaat...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Catatan ringkas dari,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S