PkpYr3.310.OMICRON

 *[PkpYr3.310.OMICRON?]*

#PESANAN UNTUK DIRI

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(Akhir))


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sabtu, salam istirehat pada yang berlibur bercuti. Moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua sentiasa dalam kerahmatan Allah.


Dalam meneruskan sebuah kehidupan,  kena banyak masa diperlukan untuk muhasabah diri. Semalam berlalu tanpa ada banyak yang berkesan pada diri bagi urusan akhirat, walaupun dimulakan dengan subuh berjemaah tapi zikir kurang. Apa lagi dengan menjadi si musafir, semua solat tinggal jadi jama’ dan qasar. Cuma yang mampu bersyukur, jamq’ dan qasar di buat dalam berjemaah juga. Selebihnya, banyak sungguh kekosongan sehinggalah tiba semula  di Seri Minang jam 1130 malam, badan dah letih sangat. Semuanya tertinggal. What a “wasting” day. Mujur lah ada ungakapan dari bibir Astaghfirullah juga semalam, semoga Allah swt ampunkan atas lelalaian semalam.


Sesiapa pun berhati hati dengan apa jua urusan kehidupan  dan apa sahaja yang sedang dinikmati saat ini jangan sampai selesanya kita disibukkan dengan urusan dunia. Nauzubillah min zalik (Kami berlindung dari Allah dari perkara yang buruk).  Ada yang walau sibuk tetap tahu bahagikan masa dan pandai beza mana kanan dan kiri serta siang atau malam, namun ada yang langgar semuanya hanyut seperti tidak nampak dimanakan tebing atau pelabuhan akhir nanti.


Jangan pernah lupa berdoa agar tidak dilupakan dengan akhirat walau sesibuk mana pun dengan pelbagai urusan duniawi.


Ingat balik pada terma terma yang kita telah belajar sepanjang berada dalam majlis majlis imu. Setiap Muslim adalah sentiasa menjaga adab adab pada  diri, spt taubat,  muraqabah (merasa kehadiran Allah), muhasabah (hisab diri), 

ujahadah (melawan hasutan nafsu) dan mu’ahadah ingat perjanjian dengan Allah. 


Teringat firman Allah dalam surah al Insyiqaq ayat 6 : “Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui Nya.”


Jangan Give up, teruskan. Lalai dan lagha tu kelemahan kita. 


Kurangkan kelalian kita pagi ini dengan ambil ibrah dari bacaan Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.


#SERANGAN KE ATAS YAMAN(Akhir)


Berita Rasulullah SAW wafat dan murtadnya qabilah Arab telah menyebabkan pengikut al-Aswad bersatu semula bagi membina kekuatan mereka. Khalifah Abu Bakar RA melantik Fairuz RA menjadi pemerintah Yaman, dengan membelakangi orang-orang yang pernah murtad kerana tidak yakin kepada kesetiaan mereka.

 

Tindakan tersebut menyebabkan Qays, bekas panglima al-Aswad marah dan bertindak mengepalai kumpulan murtad dan membina kekuatan yang lebih besar. Qays melakukan penipuan bagi membunuh dua saudara, iaitu Fairuz dan Dazawaih dgn menjemput mereka makan bersama. Dazawaih berjaya dibunuh manakala Fairuz pula berjaya melepaskan diri dan bersembunyi di Bukit Khawlan, tempat berkumpul kaum keluarganya.

 

Fairuz mengatur langkah untuk menentang kumpulan yang murtad itu dengan mengadakan hubungan dengan qabilah-qabilah yang tetap beriman. Khalifah Abu Bakar RA menerima laporan secara terperinci berkenaan perancangan bagi menghapuskan pemimpin murtad yang ganas itu. Perkara itu memberikan keyakinan kepada Fairuz RA.

 

Pada ketika yang sama, Abu Bakar RA menerima kepulangan Usamah bin Zaid RA yang berjaya dalam misi mereka. Namun Khalifah tidak bertindak segera menghantar tentera ke Yaman. Beliau berpendapat perlu ditumpukan serangan bagi menghapuskan Musailamah al-Kazzab dan qabilah-qabilah lain yang lebih mengancam.

 

Justeru langkah bagi menentang kumpulan murtad di Yaman diserahkan kepada Fairuz dan keluarganya. Khalifah mengutus surat kepada para sahabat dan kumpulan qabilah yang masih beriman agar membantu Fairuz dan keluarganya,

 

Orang-orang yang beriman diberikan peluang untuk berdakwah dan memujuk mereka yang murtad kembali semula kepada Islam. Mereka itu diberikan peluang bertaubat seluas-luasnya. Selain itu, Khalifah Abu Bakar RA menghantar para sahabat daripada qabilah masing-masing supaya pulang berdakwah dan mengumpul kekuatan bagi menyerang kumpulan yang terus murtad.

 

Strategi tersebut membuahkan hasil, tetapi masih ramai lagi yang murtad serta bergabung dengan pemimpin yang berbahaya dan ganas. Keadaan itu akhirnya mendesak Abu Bakar RA menghantar bala tentera bantuan.

 

Eaok, kita sambung dengan Tentera Bantuan.


*akhirul kalam....*


Risau sungguh, bila sudah didatangi penyakit lupa,  akan lupa siapa diri, apa kah tujuan diciptakan. Kesannya amatlah besar hingga lahir sifat malas dan bosan. Malas belajar ilmu agama, malas  nak berjamaah ke masjid, malas l zikrullah, malas buat amalan sunnah, malas juga masuk awal ke masjid untuk iktikaf dan dengar khutbah solat Jumaat, malas  hendak menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan malas melaksanakan cara hidup Islam. Hatinya sudah dilupakan dan disibukkan dengan keinginannya kepada dunia. Inilah takut kalau kita dah complacent dengan urusan dunia.


Ayat tersohor mitivasi diri dalam surah Adh-Dhariyat ayat 56-58 bermaksud:

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Ku makan Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Perkasa.”


Silakan bekerja, silakan mencari rezeki, silakan mengumpulkan harta, silakan beriadah, berkawan bermuamalah tapi  tetap semuanya untuk akhirat. Ketika keinginan kepada akhirat, dunia akan ikut. pesanan untuk diri semdiri.


In shaa Allah.

Wallahua’lam.

Barakallahufikum 

Waasalam.


Ikhlas untuk diri dari, 

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S