PkpYr3.311.OMICRON
*[PkpYr3.311.OMICRON?]*
#Pesanan Ustaz Fadhil Noor
#PETIKAN FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin.(TENTERA BANTUAN(1))
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, dan juga sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.
Terima kasih atas kesudian singgah di sini pada hari minggu dan Selamat pagi Ahad. Bersyukur dan fikir positif. Terima seadanya demi kebahagiaan hidup dunia akhirat. Bagi warga di negeri yang cutinya hari Jumaat, sudah tentu lah bekerja dan anak anak pula bersekolah, ONLINE Atau Fizikal.
“Ya Allah rahmatilah kami dlm setiap pekerjaan dan urusan serta jauhkanlah kami dari segala bencana yg turun dari langit dan yang melata dibumi dengan perlindungan Mu”
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya, Indeed; Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
Dalam kekalutan melayani tuntutan jiwa, terselit masa melayani keperluan Iman. Terima kasih Allah kerana memilih kami lagi untuk terus terbuka hati untuk berbuat kebaikan, dan terus menerus berusaha lapangkan masa duduk bersimpuh depan para asatizah yang setia mencurah ilmu di masjid surau, walaupun masih dalam COVID.
Malam tadi ada dua pesanan dari ustaz Fadzil Noor yang sempat saya catat selayak nya jadi renungan bersama seawal pagi hujung minggu ini. Bersama ini di sertakan apa yang sempat di catat:
•Tugas menyampaikan ilmu berdakwah adalah tanggung jawab muslim. Mereka yang mendatangi majlis2 ilmu, hendaklah panjangkan ilmu2 dan hukum yang di pelajari kepada yang tidak hadir. Masing2 kena sampaikan ajaran islam walaupun yang sampaikan tidak memahami sepenuhnya.
•Kewajipan orang yang disampaikan ilmu tu pula wajib menerima. Yang datang dan dengar majlis ilmu, kena tahu dan dengar fokus. Bukan sekadar datang duduk lebih kurang sekadar hanya mendengar kuliah, metara nak tunggu masuk solat. Perkara ini bukan main main, di soal nanti kenapa masuk majlis ilmu tapi tidak ambil ibrah, cuba fahami ilmu yang disampaikan. Bab Soal memahami maksud hadis dan hukum, ia tidak terikat dengan orang yang telah menyampaikan, ianya ikut kaedah seperti yang telah disampaikan. Ertinya, ilmu ilmu yang disampaikan oleh yang menyampai kan kena di sampaikan walaupun tidak faham sepenuhnya. In shaa Allah, akan ada perkiraan di sisi Allah Maka, wajib kita beramal dengan apa yang kita pelajari.
Moga moga usaha ini akan membantu usaha kembang kan islam senaterio alam. Mudah2 an ada keberkatan dan keredhaan Allah atas segala usaha ini walaupun sedikit.
Cari lah lagi keredhaan Allah dengan sambung membaca petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#TENTERA BANTUAN(1)
Khalifah Abu Bakar RA mengarahkan ‘Ikrimah bin Abu Jahal RA kemudian diikuti oleh Syurahbil bin Hasanah RA, memerangi kumpulan murtad terbesar yang dipimpin Musailamah al-Kazzab di Yamamah. Setelah mereka berdua gagal mengalahkannya, maka Abu Bakar RA serah kan misi itu kepada panglima tertinggi perang iaitu Khalid bin Al Walid RA.
Selesai menunaikan tugas menghapuskan Musailamah alKazzab, ‘Ikrimah diarahkan menebus kegagalannya dengan bersama Huzaifah dan ‘Arfajah menuju Mahrah. Kemudian ke Hadramaut dan mara ke Yaman bersama dengan al Muhajir bin Abi Umayyah.
‘Ikrimah bersama pasukan tenteranya yang disertai oleh tentera daripada Oman dan lain lain, berjaya menguasai Mahrah. Mereka berhasil memujuk salah seorang pemimpin murtad bernama Syakhrit bersama pengikut nya agar kembali semula kepada Islam.
Sebaliknya pemimpin murtad yang degil: Mushabbah yang merasa kuat bersama para pengikutnya yang ramai dihapuskan. Akhirnya bala tentera yang murtad berjaya dikalahkan.
Sambung esok...
*Akhirul kalam...*
Wahai diri di Akhir Zaman, jom pakat ramai ramai ke Taman Taman Syurga Tak rugi, sebab kita dituntut jika untuk melewati Taman Syurga. Nanti kalau Allah tanya kat mana dihabiskan masa masa kita.? Boleh la kita simpan seteguk pahala dengar ceramah Agama.
Kalau Taman Syurga pun kita malas nak singgah, malas nak masuk, macam mana nak masuk Syurga ? Kalau masih tak terasa maksudnya, something wrong with hati kita. Muhasabah balik diri kita. Kemana aku buang masa selama ni?
Kita perlu berdakwah kepada orang sekeliling kita, wajib , jangan tunggu sampai kawan dah rosak teruk baru nak dakwah tarbiah dia. Kalau macam tu susah Islam nak membangun, Keep it up! Dakwah lah, Nasihat lah, Tarbiah lah. Jangan masuk Syurga sorang, tariklah dan bawalah rakan rakan kita sama.... walaupun belum tentu tapi jalan ini menuju ke situ. Selebihnya leave to HIM.
So, jangan anggap tugas berdakwah untuk orang2 alim @ ahli ulamak @ ustaz/ustazah. Sedangkan setiap kata kata @ nasihat yang baik juga boleh dianggap sebagai dakwah..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Nasihat diri sendiri dari,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment