PkpYr3.313
*[PkpYr3.313.OMICRON?]*l
#Bertemu sahabat lama
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS HADRAMAUT DAN KINDAH)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di kesejahteraan awal pagi Rabu ini, Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua, moga urusan di permudahkan.
Semalam berlalu dengan berbagai warna kehidupan. Antara yang menarik adalah pertemuan saya dengan kawan lama yang sama sama selesaikan projek MMU. Antara yang saya suka nak sharekan pagi ini adalah perkongsian sahabat lama saya tentang membayar hutang. Dia pernah teguk ilmu ini dari Hj Helmi Al Linggi. Katanya dalam bab bayar hutang ini, sepatut mya kena ada dalam jiwa dan hati bukan setakat niat nak bayar tapi bayarlah secara ansur ansur walau pun sedikit. In shaa Allah. Ia akan selesai dari masa ke semasa. In shaa Allah, jika kita mati pada waktu itu pun, kita dalam keadaan cuba dan berusaha untuk selesaikan hutang. Masaalah nya, jika kita berhutang dengan sahabat atau kawan, kita cuba nak selesaikan satu sekaligus. Teringat pulak, saya sendiri, suatu waktu dulu ada hutang dengan CitiBank, dan ketika keadaan ekonomi gawat antara 1996 hingga 1997, citibank offer bayaran berkala dan dihentikann charges. Citi Bank juga menghantar orang ke rumab setiap bulan untuk pick up bayatan. Selama 3 tahun, 15k langsai. Syukur Alhamdulillah. Semoga kita mati dalam keadaan free dari hutang.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (pada manusia)." (Muslim).
Sekadar untuk renungan.
Petikan dari Buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin diteruskan...
#SERANGAN KE ATAS HADRAMAUT DAN KINDAH
Ikrimah dan para sahabatnya diarahkan supaya membebaskan Hadaramaut dan Kindah daripada cengkaman murtad. Walaupun kedua-dua daerah ini diIslamkan oleh pemimpin yang ulung sejak zaman Rasulullah SAW iaitu al-‘Asy’ath bin Qays. Dia mengepalai rombongan mengadap Rasulullah SAW lalu mereka memeluk Islam. Pada masa yang sama al-Asy’ath meminang adik perempuan Abu Bakar yang bernama Ummu Farwah bin Abi Qahafah.
Mereka meminta agar Rasulullah SAW menghantar seorang sahabat untuk mengajarkan agama. Rasulullah SAW menerima permohonan mereka dengan menghantar Ziyad bin Labid RA (berasal daripada Madinah dan tinggal di Makkah setelah menganut Islam. Kemudian berhijrah bersama Rasulullah SAW. Dia mendapat kelebihan kerana berhijrah, dalam kalangan Ansar dan Ahli Badar).
Apabila tersebarnya berita kewafatan Rasulullah SAW dan murtadnya beberapa qabilah Arab, tiba-tiba al-‘Asy’ath bin Qays menyeleweng dari agama. Sekalipun telah dinasihat oleh rakannya dalam kalangan pemimpin yang beriman supaya setia kepada Khalifah Abu Bakar RA.
Ziyad RA terpaksa menulis surat kepada Khalifah menceritakan perkembangan yang berlaku. Abu Bakar RA terus mengarahkan ‘Arfajah supaya bersama ‘Ikrimah menyerang mereka yang murtad itu. Ziyad RA telah berjaya mengumpulkan orang-orang yang beriman supaya menyertai tentera jihad bagi memerangi mereka yang murtad itu.
Tentera yang dibentuk itu berjaya memaksa musuh supaya berundur dan bertahan di dalam kota. Mereka dikepung sehingga tidak dapat melepaskan diri lagi. Tentera ‘Ikrimah pula tiba untuk menyertai operasi sehingga menyebabkan tentera musuh menyerah kalah dan al-Asy’ath bin Qays ditawan.
Kemudian al-Asy’ath bin Qays dibawa ke Madinah dengan diikat kedua-dua tangannya, dan dibawa mengadap abang iparnya, Khalifah Abu Bakar RA. Dia diasak dengan soalan yang bertubi-tubi, menyebutkan jenayah dan kesalahannya: Al-Asy’ath, mengakui ketelanjuranya dan memohon agar dikahwinkan dengan Ummu Farwah bin Abi Quhafah.
Akhirnya, Khalifah memaafkan dan mengahwinkannya dengan Ummu Farwah. Mengikut satu riwayat yang lain dia telah berkahwin pada zaman Rasulullah SAW tetapi dia telah berkahwin pada zaman Rasulullah SAW tetapi tidak bersama sehinggalah dia datang kali kedua. Dia terus berada di Madinah ketika Islam berjaya menguasai Iraq.
Kemenangan ini menjadikan seluruh Yaman kembali ke pangkuan Islam. Tambahan lagi, negara Islam semakin kuat untuk meneruskan kewajipan bagi menegakkan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Akhirnya, tentera Islam mampu menghadapi cabaran yang datang daripada segenap penjuru termasuk negara kuasa besar pada zaman itu.
*Akhirul kalam...*
Surat Al-Baqarah ayat 282 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar”. (al-Baqarah: 282).
Semoga kita semua dalam rahmat Allah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment