PkpYr3.314.OMICRON
*[PkpYr3.314.OMICRON?]*
#ZIKIR TAHLIL LAILAHAILLALLAH
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (BEREHAT)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
..dan Selamat pagi Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, makcikpakcik dan saudara mara, sahabat serta sahabiah, rakan taulan yang di kasihi Allah swt semua,
Alhamdulillah. Seusai isya berjemaah di surau Al Amin selepas dua malam terlepas berjemaah, saya sertai majlis zikirrullah LAILAHAILLAH diterajui Imam solat. Setiap zikir itu saya sedekahkan pada arwah ayah ibu, datuk nenek dan keturunan saya yang telah mendahului saya ke alam barzakh serta ibu bapa mertua samada masih hidup atau yang sidah di alam baezakh. Kalau nak harapkan saya lalukan hal ini dirumah bersama ahli ahli saya, tidak tahu bila pula. Dah berapa lama tak berzikir untuk mereka semua. Maka, di kesempatan yang ada, saya guna kan walaupun bermacam macam pendapat yang against majlis sebegini kerana katanya nabi tidak pernah pun mengadakannya. TIADA PERDEBATAN DiSINI.
Tapi saya lakukan ini lebih baik dari saya langsung tidak hadiahkan zikir zikir pada arwah arwah saya.
Mengalir juga airmata saya membayangkan wajah wajah ayah ibu daruk nenek yang telah lama meninggal seusai sedekah zikirullah Lailahal illa llah. Saya yakin jemaah lain pun berbuat perkara yang sama. Saya tidak dapat nampak mana salahnya.
Semua yang dikasihi, terus kan berdoa dan bermunajat kepada Allah. Terutamanya, Apabila selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu waktu akhir malam, waktu mustajab doa, berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa yang telah meninggal dunia.
“Ya Allah berilah mereka hak rububiyah Mu jika mereka telah sia siakan kerana sibuk mendidik kami. Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada Mu kerana mengutamakan kami. Maafkan lah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami”
Dalam satu penggalian saya, menemukan saya dengan riwayat dalam Sunan Ibnu Majah, Abu Ad Darda ra menjelaskan keutamaan zikir sebagaimana dalam sabda Rasulullah saw., “Mahukah aku beri tahu kalian tentang suatu amal yang paling baik, paling suci dlm pandangan Allah, paling tinggi tingkatan nya, walaupun amal itu lebih baik dari sedekah kamu yang berupa emas ataupun perak dan lebih baik dari masa kamu bertemu dengan musuh sehingga kemudian kalian memenggal kepalanya (jihad di jalan Allah)? “ Para sahabat menjawab, “Tentu kami bersedia.” Rasulullah saw, “Amal itu adalah zikir kepada Allah.” (Al Hakim Abu Abdullah (kitab Mustadrak) mengatakan, “Sanad hadis ini Sahih)
Renungkanlah...
Dalam satu penulisan ada disebut yang “Lailaha illallah” seperti ditahui bemaksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”. Namun ia ada maksud yang tersirat disebalik kalimah syahadah yang menjadi tunjang usul kepada agama Islam. Dikaji dari sudut bahasa, banyak penemuan dan ilmu yang diperolehi. Lailaha illallah merupakan kalimah penafian ke atas sesuatu yang layak kita perTuhankan. Kalimah ini juga terdiri dari 12 huruf arab yang significant dengan 12 jam malam. “Muhammad Rasulullah” juga terdiri dari 12 huruf yang significant dengan 12 jam siang. Siang dan malam yang diciptakan berpasang pasangan. Kita dididik menzahirkan maksud Lailaha illallah sebagai Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Tapi sebalik “Tiada Tuhan yang disembah itu..” membawa maksud yang lebih luas. Selayaknya kita jadikan zikir seharian kita.
Oleh itu, sedarlah bahawa kita hidup di dunia ini tidak punya apa apa. Segala nya milik Allah. Dan Allah itu nyata. Tiada yang nyata selain Dia. Marilah kita sentiasa memperbaharui syahadah kita dalam zikir zikir kita. Tanamkan di dalam hati, yang nyata hanyalah Allah. Dan Allah lah yang berkuasa terhadap sesuatu yang layak kita sembah. Jangan lupa kenali juga diri kita kerana diri kita punya Ruh yang datangnya dari Allah. Pasakkan fahaman ini dalam fikrah walau pendosa mana sekalipun kita. Inilah asas yang selamatkan kita dari kekal berada di neraka walaupun berdosa.
Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan Nabi Muhammad Saw keluarga para sahabat baginda. Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin. Amin
Wallahu’alam.
Barakallahufikum
Wassalam
Bingkisan Picisan dari insan hina, *ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment