PkpYr3.314..OMICRON

 *[PkpYr3.314..OMICRON?]*

#MENYESAL WALAUPUN DAH BUAT SEHABIS BAIK. 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Pengajran) 


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

..dan sobahul khair Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua.


Pagi ini dongak ke atas sana kita akan Melihat kebesaran Allah mencipta Awan Pagi Hari. Mengikut kata kajian manusia, Awan ini ada pada ketinggian 6 – 18km dan ia termasuk jenis Cirrus kerana awan ini halus, berstruktur serat, tidak menimbulkan hujan, terdiri dari hablor air yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada atmosfer dan berwarna putih dengan pinggiran tidak jelas. Perghhh, betapamya hebat ciptaan Allah swt, manusia boleh mengkajinya dan  kehalusan penciptaan amatlah mengagumkan sehingga kita semua kena membenarkan Alquran dan hadis, bukan takat kagumi begitu sahaja. Kena taat...


Alhamdulillah. Pertengahan minggu berlalu semalam menyaksikan solat jemaah hanya ada pada subuh, maghrib dan isya’ sahaja. Kasihanilah pada diri kita, muhasabahlah demi untuk keselamtan di dunia abadi. Tak fikir sekarang sehingga lah saat bertemu Nya nanti. 


“Orang orang yang kafir itu sering kali (nanti di akhirat) menginginkan kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang orang muslim. Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang senang dan dilalaikan oleh angan angan (kosong), maka kelak mereka akan ketahui (akibat perbuatan mereka)” (Al-Hijr: 2-3).


Menambah kesedaran saya temtang hebatnya Allah swt, saat ketika malam tadi tiba surau Al amin di penghujung kuliah maghrib ustaz Zulkifli Salleh, sempat saya catat begini: 


#Ustaz Zulkifli Salleh

Tafsir surah Nuh 


[Allah ajar Nabi Nuh as membuat kapal, “buatlah kapal dengan bantuan dari Kami”. Manusia tidak terfikir pun akan boleh membina kapal. “Tidak perlu mengadu pada ku tentang orang zalim, mereka akan tenggelam dalam laut yang dalam”


Allah taala ilhamkan pada Nabi Nuh as. Sebab ada nya teknologi terkini - seperti hp, kapalterbang - semuanya adalah ketentuan Allah. Antara buktinya: “Antara tanda kiamat manusia akan naik atas “rehal” tempat sedap duduk dan berada di didepan pintu masjid” - ini hadis yang menunjukkan kenderaan seperti kereta (ulamak membahaskannya) 


Perjuangan nabi nuh adalah lama masanya tapi sedikit pengikutnya. Macam macam mehnah ujian Allah berikan pada Nabi. Maka, kalau kita  insan biasa nak berdakwah tapi tidak ramai mengikuti mendengar, jangan peliik. 


Dalam islam ada mujadalah, berbincang cari Kebenaran, bukan hanya ikut membabi buta begitu saja. Besarnya petunjuk Allah, yang beriman sedikit sahaja, beruntung orang yang terpilih. 


Moga ada manafaat..

Tamat 852]


Sekdar untuk renungan. 


Jom kita teruskan bacaan yang di petik dari Buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin...


#PENGAJARAN

 

Daripada kisah kisah ini menunjukkan beberapa pengajaran antaranya:

 

1) Keperluan mempunyai persediaan tentera yang cukup, bukan sahaja untuk menyerang kumpulan yang besar seperti Musailamah yang berpusat di Yamamah, al-Aswad di Yaman, Tulaihah, Bahrain dan Oman.

 

Pada masa yang sama, perlu juga persediaan pasukan yang bolah dikerahkan pada bila-bila masa sahaja bagi menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.

 

2) Hukuman bakar yang dilakukan ke atas al-Faj’ah tidak bercanggah dengan ayat al-Quran yang melarang bertindak melampau atau hadis yang melarang hukuman membakar musuh. Demikian itu kerana hukuman adalah berdasar kan konsep siyasah syar’iyyah terhadap penjenayah yang khusus.

 

Sekiranya orang-orang yang melakukan jenayah yang berat dihukum dengan hukuman biasa, maka tidak akan menakutkan pengikutnya yang lain.

 

Esok.... KESAN PERISTIWA MURTAD.


*Akhirul kalam...*


Teringatlah pulak pada ayat akhir dari surah Al mulk. 


‎قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ


Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yg dapat mendatang kan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"


Ini cukup menyedarkan kita tentang kebergantungan kita kepada Allah.


Terimgat juga sebuah kisah di zaman Nabi Saw tentanb  sahabat bernama Sya’ban ru yang saat meninggalkan dunia, berteriak tiga kali disertai satu kalimat. Di masing masing teriakan nya, dia berucap: ‘Aduh, kenapa tidak lebih jauh! Aduh kenapa tidak yang baru! Aduh kenapa tidak semua!’” Hal ini di maklumkan isteri Sya’ban.


Kemudian Nabi bersabda:. “Apa yang dilihat oleh Sya’ban ra. (dan orang yang sakaratul maut) tidak dapat disaksikan yang lain”


“Aduh mengapa tidak lebih jauh” -  penyesalan dalam diri Sya’ban ra., mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya pahala yang didapatkan lebih indah.


In shaa Allah saya share kisah detail nya esok. 


Setiap manusia akan menyesal nanti walaupun dah buat baik kerana akan menyesal kenapa tak buat lebih baik lagi.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Coretan,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S