PkpYr3.315

 *[PkpYr3.315..OMICRON?]*

#JAGA2 DENGAN FUTUR

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (REHAT)


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam perlindungan Allah buat Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, para sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.


Dalam menjalani sehari hari, kita selalu ingin jer berada dalam perlindungan Nya. Dengan begitu, kita boleh telusuri hidup dengan tenang tanpa khuwatir.

Maka, jangan buat buat lupa untuk rajin beribadah, juga bersedekah dan menjauhi larangan Nya. Dan paling ampuh, jangan lupa berdoa. 


“Ya Allah, sesungguhnya kami memuji Mu atas segala nikmat, kami  juga bersyukur pada Mu atas semua  kebaikan, kami memohon ampun kepada Mu dari semua dosa, kami memohon pada Mu semua kebaikan, kami mohon perlindungan Mu dari semua bala dan tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Mu Yang Maha Luhur dan Maha Agung”


Aaminnn... 


Jumaat berlalu, tinggal perancangan yang hanya ditentukan Allah atas apa yang berlalu. Walaupun tidak puas hati kerana banyaknya campuran dosa dan pahala tidak mungkin dapat dielak. Tapi tetap tekad berada di landasan Nya. 


“… Sesungguhnya setiap amalan itu ada masa semangatnya membara dan ada masa malasnya (yang disebut futur). Barang siapa yang futurnya menjerumus kan kepada perbuatan bid’ah maka dia telah tersesat. Tapi barang siapa yang futurnya (rasa malasnya) itu masih tetap di atas ajaran Nabi saw maka dia sudah mendapat kan petunjuk.” (Riwayat Ahmad)


Berusahalah wahai diri walau dimana, walau teruk mana kita berdosa untuk kembali semula ke jalan Allah. 


Rasa memang terasa bila si Syaitan menyucuk nyucuk minda dan jiwa. Hatta, kalau berada di rumah Allah pun kita masih boleh dipujuk rayu. Syaitan tak pernah putus asa dan pencen. Syaitan akan sentiasa mengintai peluang untuk menjauhkan manusia dari Allah. Dia akan menunggu masa futurnya manusia. Di saat itu dia akan bekerja keras, walau masa futurnya tidak lama tetapi syaitan sentiasa membisik dan menggoda sehinggalah semua amalan menjadi tidak sempurna dan diterima Allah. 


“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).


“Sedang saudara (pengikut) syaitan-syaitan, dibantu oleh syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu). 


- Al-‘araf: 200 – 202)


Itulah jer yang kita ada quran dan hadis untuk menentang semua kemalasan kelalaian kita. 


Kita berehat dari petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin pagi ini.


*Akhirul kalam...*


“Sesungguhnya iman itu boleh menjadi usang di dalam tubuh seseorang sebagaimana usangnya pakaian, maka mohonlah kepada Allah Swt supaya memperbaharui iman di dalam hati kalian.”


(Hadis Riwayat AthThabarani dan sanadnya Hasan)


Pesan untuk diri sendiri dan semua, Jika futur itu  mula menghampiri, dan ianya tidak diubati segera, takut akhirnya, diakhiri dengan pengakhiran hidup yang tidak baik. Usahkanlah sesuatu kerana kita yang sedar dan tahu tahap iman kita. Ketika sedang futur, tetaplah bertahan di atas Sunnah Nabi saw dengan tidak meninggalkan yang wajib dan tidak melakukan yang haram.


Allahuakbar 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Coretan Rasa oleh,

*ncs@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S