PkpYr3.315..OMICRON
*[PkpYr3.315..OMICRON?]*
#Yaumul jumuah, Yaumuh barakah, Sayyidul ayyam, Eidul muslimin
#https://youtu.be/Qe4yVqjVLN4
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (KESAN DARI PERISTIWA MURTAD)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sobahul khair YAUMUL JUMA'AH SAY'YIDUL AYYAM, Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.
Hari jumaat adalah hari yang paling mulia. Oleh itu marilah kita sama ingat mengingati sesama kita melakukan amalan ibadah terbaik. Berpesan pesan dangan amalan mulia. Penuhilah hari ini dengan istighfar, selawat kepada Nabi Muhammad saw dan berdoa. Sebenarnya semua itu tidaklah berat cuma kita memberatkannya. Jika istiqomah menjadi amalan, ia akan sentiasa berada di bibir dan hati kita.
Yaumul jumuah, Yaumuh barakah, Sayyidul ayyam, Eidul muslimin.
Terimakasih Ya Allah kerana tetap memilih kami semua untuk istiqamah di jalan Mu. Paling penting, sentiasa ada berusaha untuk “compose” diri, selepas hanyut dalam arus kehidupan. Ada rasa Kau getarkan dalam hati kami, jika dalam sehari tidak singgah satu waktu untuk berjemaah. Sentiasa ada niat untuk singgah di majlis majlis ilmu. Ini semua kehendak Mu ya Allah.
لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ باِللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْم
“Tiada Kekuatan dan Daya Melain kan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia”
Walaupun sebentar malam tadi, singgah juga sebentar di rumah Nya Al Amin Btho, meneguk seteguk fikrah utk menjana iman yang sentiasa luntur seharian dek urusan duniawi. Dan ini yang saya dapat dari Ustaz Farhan malam tadi membahaskan kitab ringkas riadus solihin:
[Ganjaran berbuat kebaikan lebih besar berbanding dengan balasan berbuat kejahatan - besarnya rahmat Allah swt kepada umat. Inilah gambaran jika kita benar2 bersungguh mendekati Allah, Allah lebih bersungguh sungguh mendatangi kita.
Kalau seseorang hamba datang pada Allah dengan dosa sepenuh bumi sekali pun, dan saat itu dia masih kekal beriman kepada Allah, dan bukan kafir, Allah akan tetap ampun kan kita tapi kenalah kita kenalah rajin memohon keampunan pada Nya selama kita masih hidup.
Berikan sokongan pada mereka mereka yang ingin bertaubat, jangan kita jadi penyebab mereka yang ingin dekat pada Allah menjauhi Allah pula. Rai kan mereka yang menghampiri masjis masjid dan surau2.
“Kalau dia mengingat Ku, menyebut nyebut Ku di depan umum, maka Ku ingat dan Ku sebut2 dia di khalayak yang lebih baik. Siapa yang mendekat kepada Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat sehasta, Aku mendekat pula kepadanya sedepa. Dan siapa yang datang kepada Ku dengan berjalan, Aku datang menyambutnya dengan berlari” ]
Renungan untuk diri sendiri dan pasti nya sharing is caring.
Untuk tambah mulianya pagi Jumaat ini, jom kita sambung lagi petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin. Moga kita akan khatam membaca kitab ini.
#KESAN DARIPADA PERISTIWA MURTAD
Peristiwa murtad yang telah berlaku telah menggoncang kan penganut, umat dan juga masyarakat negara Islam. Sehingga ia meninggalkan kesan yang besar kepada perkembangan Islam secara keseluruhannya.
Para sahabat RA melakukan pengorbanan yang sangat besar dalam mempertahan dan menegakkan Islam dengan jaya. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan kejutan kewafatan Rasulullah SAW yang telah menggoncangkan saf umat Islam sendiri.
Kemudian disusuli dengan siri pemberontakan fitnah murtad yang besar termasuk lah ancaman dua kuasa besar dunia di Timur dan Barat. Allah SWT menunai kan janji Nya melalui firma:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu. Bahawa Dia akan menjadikan mereka Khalifah-Khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; dan Dia akan menguatkan dan memberi kuasa pemerintahan kepada agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan mengganti kan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh dan jenayah). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutu kan sesuatu yg lain dengan Ku. Dan (ingatkah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang orang fasiq.”
- Surat al-Nur:55
Kejayaan mengalahkan dan mengatasi fitnah murtad itu telah meninggalkan suatu kesan yang sangat besar kepada Islam dan umatnya.
Esok.. apakah kesan kesan nya?
<Akhir kalam... >
Hari jumaat hari yang berkat, Penghulu hari para muslimin, Wajib lima syarat nya, Untuk muslim yang pria, Tunai solat jummat, Laksana berjemaah, Lima bahagian waktu, Ganjaran bahagian satu, Ibaratnya pahala Korban seekor unta. Mandi bersih kan badan, Kemas kuku pakaian, Lantas wangi wangian, Ulama’ menyaran kan. Datang awal saf depan, Solat sunat iktikaf, Baca quran berzikir, Perbanyak kan selawat, Semua amalan diberi Ganjaran hebat
Yaumul jumuah, Yaumuh barakah, Sayyidul ayyam, Eidul muslimin, Hari jumaat hari yang berkat, Penghulu hari para muslimin..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Picisan Pagi Jumaat dari,
#Ncs@SeriMinang
Comments
Post a Comment