PkpYr3.316..OMICRON
*[PkpYr3.316..OMICRON?]*
#Rindu Cuti Jumaat dan Peluang Jadi Muazzin. Jom usaha solat berjmeaah
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin
(TAMKIN (KUASA PEMERINTAHAN)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam cuti berehat pagi Ahad buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.
Sepatutnya kita bercuti pada hari Jumaat. Selama darjah 1 hingga tingkatan lima saya menikmati cuti hati Jumaat kerana menetap di Kota Bharu. Betapa semangnya urusan ibadah solat Jumaat hendak di tunaikan. Jumaat lepas, teringat aduan kawan saya yang dia tak sempat solat jumaat kerana rushing urusan kerja. Apatah lagi, solat jumaat masih baru di benqr kan selepas di tutup akibat SOP Covid.
Mungkinkah pemerintah akan juga di pertanggungjawabkan nanti?
Sejarahnya, ketika British menjajah Malaya, Negeri negeri Selat seperti l Pulau Pinang, Melaka dan Singapore, l ditetapkan cuti hujung minggu adalah hari Sabtu dan Ahad. Ini kerana hari Ahad, penjajah yang beragama Krisitian nak ke Gereja.. Namun lama kelamaan, Negeri Bersekutu juga ikut sekali.
Tapi, tidak untuk negeri Tidak bersekutu- Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri2 ni British tak kacau pentadbirannya. Cuti Jumaat Sabtu kekal hingga sekarang kecuali negeri Perlis. Negeri Johor dulu berubah cuti Sabtu Ahad, tetapi kini kembali Jumaat Sabtu. Ini membukti kan negeri2 di Tanah Melayu dulu cuti pada hari Jumaat Sabtu.
Eloknya sangat kalau hari Jumaat adalah hari cuti bagi negara. Dari pengalaman dapat di rasai betapa perbezaannya.
Jika bekerja pada hari Jumaat bermula rehat jam 12.15 tengahhari sehingga jam 2.45 petang. Dalam keadaan baju kerja dan terus masuk ke dalam masjid dalam keadaan yang panas berpeluh, ada yang berasa tidak selesa. Selepas saja habis solat, dan sambung kembali kerja. Kedah pernah tukar hari bekerja ke hari Jumaat tapi ditukar semula cuti hati jumaat.
Mungkin ada yang tertanya2 dalam al Quran ada sebut bertebaranlah cari l rezeki selepas solat Jumaat Surah Jumaat(62) ayat 9-10 bermaksud:
"Wahai orang2 beriman, bila diseru l menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (9). Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak banyaknya supaya kamu beruntung (10)."
Dalam satu nota saya, ini adalah tentang , tidak ada jual beli setelah azan masuknya waktu. Seusai solat, bertebaranlah manusia mencari rezeki. Pelbagai maksud manusia mencari rezeki, ada yang berurusan muamalat seperti jual beli, ada yang berurusan bertani, berladang, melancong dan macam macam lagi. Semoga Allah bagi peluang lagi pada kita. Sekadar membuka minda.
Jom kita sambungan bacaan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin..
#TAMKIN (KUASA PEMERINTAHAN)
Setelah Rasulullah SAW membina asas Negara Islam Madinah, penguasaan Islam mula meluas sehingga ke satu tahap membentuk sebuah negara yang kuat. Kejayaan Islam disebabkan faktor kekuatan iman pendukungnya dan juga kekuatan ilmu melaksanakan Islam secara menyeluruh.
Kejayaan itu juga berasaskan kekuatan iman dan amal ibadat serta pergantungan kepada Allah SWT. Begitu juga didorong dengan kecintaan kepada hari akhirat ketika menghadapi bahaya yang hampir membawa kematian.
Pada masa yang sama, Rasulullah SAW membina kematangan generasi sahabat dalam aspek politik, ekonomi, dan ketenteraan serta hubungan antarabangsa dan kaum. Semua perkara tersebut menjadi prasyarat bagi melayakkan risalah Islam disebabkan ke seluruh dunia.
Kemudian menyediakan generasi sahabat untuk memimpin dunia dengan Islam, selepas manusia bebas daripada pelbagai bentuk janiliah dalam kehidupan.
Seterusnya mewujudkan sebuah negara besar dan kuat yang menjadi keperluan untuk mendepani cabaran dan membawa risalah bagi menyelamatkan manusia daripada dua masalah:
1) Cengkaman agama yang kuat
2) Pemerintahan zalim yang didukung oleh kuasa besar dunia.
Kedua-dua masalah di atas melaksanakan sistem jahiliah. Bahkan masyarakat dan negara jajahan takluknya juga dinaungi dengan konsep dan sistem yang sama.
Jumpa esok.. Penyusunan Al quran.
Akhirul kalam...
Alhamdulillah. Sekian lama tidak azan dan iqamah di rumahNya, malam tadi ada dibuka peluang oleh Allah untuk itu. Ustaz Ramli Abu Bakar menamat kan kuliahnya awal, tiba tiba tiada bilal bangun untuk azan, lalu Allah gerak kn hati saya untuk bangun ber khidmat.
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia (Muslim) mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf pertama, lalu mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir pertama pada solat berjemaah, nescaya mereka akan berlomba-lomba untuk mendapatkannya. Dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat pada solat Isya dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun harus dengan merangkak.”
(Bukhari No: 580)
Peringatan untuk semua...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam..
Secubit dari,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment