PkpYr3.317..OMICRON
*[PkpYr3.317..OMICRON?]*
#Sedar diri sendiri
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (PENYUSUNAN AL-QURAN)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, para sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua....
Bersilih ganti perkhabaran duka tentang kematian di sekitar BtHO malah seluruh alam. Sekitar BTHO khusus nya, tidak pernah “bercuti” dari berita tentang kematian. Allahuakbar. Apakah masih ralit kita dengan sebuah kehidupan dan yang paling dicemburui adalah jumaat lalu perginya salah seorang jemaah masjid BTHO. Tidak terkata dan malamnya, Ustaz Nazri usai kuliah nya nampak sebak ketika mencerita kan kan segala kebaikan arwah. Di adakan zikit tahlil munajat pada Allah semoga semua yang telah pergi awalnya diampunkan dosa mereka. Rasa cemburu pada kisah kematiannya tapi hati serta jiwa masih tidak pernah juga cuba mengambil pengajaran. “Rasa Composed” hanya datang seketika.
Meminjam kisah kematian dari FB sahabat Lutfi Opie:
“Selepas solat jumaat, menerima pengkhabaran jemaah tegar Masjid Bandar Tun Hussein Onn kembali menemui kekasihnya. Kematian yang sangat dicemburui. Kenal arwah sebagai seorang yang mulia akhlaknya. Solat berjemaah di masjid menjadi rutin dalam hidupnya. Selalu ke masjid berjalan kaki. Ringan tulang dan selalu membantu dan terlibat aktiviti penganjuran masjid. Kaki dengar kuliah dan halaqoh al quran. Hari jumaat yg penuh kemuliaan ini diberitakan oleh sahabat disana, seusai membantu melipat,mengemas sejadah masjid, arwah rebah ketika memakai kasut untuk pulang ke rumah. Masyaallah, taba rakallah. Moga Allah meletak kan rohnya bersama sama para solehin,siddiqqin dan syuhada. Moga kita dipilih oleh Allah pengakhiran yang husnul khotimah”
#jomlazimikehidupanmulia
#hidupmuliamatimulia
Allahuakbar. Entah maca mana pula kematian kita. Masih sombong? Masih angkuh? Masih keakuan? Sesama jemaah pun ada kekadang tidak bertegur sapa tapi berangan pada kematian yang husnul...??
Pesan untuk diri.
Malam tadi, solat isya’ ditunaikan berjemaah bersama ahli keluarga، usai solat, rindu arwah arwah, sekali lagi zikir tahlil buat para arwah arwah kami di anjurkan. Semoga tenang arwah arwah di sana. Moga semuanya di terima Allah. Terima kasih dan syukur pada Allah kerana membuka hati kami untuk semua amalan amalan begini.
Jom teruskan bacaan petikan dari Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin.
#PENYUSUNAN AL-QURAN
Apabila ramai para ulama’ sahabat dan penghafaz al-quran yang gugur syahid, maka wujud kebimbangan terhadap kesinambungan al-Quran dan ilmunya. Keadaan itu menyedarkan pada para pemimpin dalam kalangan sahabat RA betapa perlunya al-Quran itu dipelihara secara tulisan.
Sebelum itu al-Quran disimpan secara hafazan dalam diri Rasulullah SAW sendiri dan beberapa orang para sahabat yang lain. Nabi SAW telah menugaskan beberapa orang sahabat sebagai penulis alQuran setelah ia diwahyukan. Lalu mereka menulis pada pelbagai alatan seperti berlulang. tulang, pelepah tamar dan sebagainya.
Namun, para sahabat RA masing masing tidak menyimpan senaskah al Quran pada satu tempat selengkapnya. Apabila seramai 70 orang sahabat yang menghafaz al-Quran gugur syahid, khususnya peperangan alYamamah ketika menentang Musailamah al-Kazzab, maka khalifah Abu Bakar RA telah mengambil keputusan untuk mengumpulkan al Quran secara bertulis.
Keputusan yang dipilih oleh Abu Bakar RA itu mendapat sokongan daripada seluruh para sahabat. Sekalipun tidak ada mana mana perintah yang jelas secara nas daripada al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
Kemudian tugas mengumpul kan al-Quran secara lebih terperinci dibentuk pada zaman Khalifah Uthman bin ‘Affan RA. Akhirnya AlQuran terpelihara sehingga hari ini dan akan berkekalan hingga akhir zaman. Berhubung dengan usaha mengumpul kan al-Quran, Ali bin Talib KWH menegaskan:
“Allah memberi rahmat kepada Abu Bakar, dialah orang pertama menghimpun kan (al-Quran) berada dua belah papan (tempat alquran ditulis).” Riwayat Ibn Abi Syaibah, jld. 7, ms.196
Esok.... TASAWWUR ISLAM
*akhir kalam...*
Buangkan keakuan. Tiada satu pun dalam hidup ini yang di miliki yang tidak melibatkan orang lain. Oleh itu janganlah ber keakuan dan sombong kerana kita tidak dapat menjalankan fungsi hidup kita dengan sebenarnya tanpa wujud insan lain di dunia ini.
Sikap keakuan yang merasa diri sendiri istimewa dan lebih baik dari orang lain adalah dilarang oleh Islam.
“Wahai manusia Sesungguh nya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki, perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal!kenalan. Ssungguh nya semulai mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.” (Al-Hujarat ayat 13)
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas di pagi isnin oleh,
*Ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment