PkpYr3.319..OMICRON

 *[PkpYr3.319..OMICRON?]*

# Pesanan Ustaz Miftah dan Ustaz Yusri Arifinn : memang sibuk dengan urusan dunia tapi kena paksa diri sibuk dengan urusan agama juga . 

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Rehat Lagi...) 

 

‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di pagi pertengahan minggu ini, Mak ayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik saudaramara sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua, JOM kita mulakan dengan positif dan jernih minda, walau hari ini kita mungkin berbeza. Ada yang ok dan ada juga yang tidak ok. Mulakan pagi dengan ucapan Alhamdulillah. Sama sama jadikan diri hebat dengan tidak bertangguh dan mengeluh. Mulianya kita bukan pada siapa kita, tapi atas apa yang kita lakukan. Berbuat suatu yang baik adalah ibadah, buatlah dengan ikhlas. Jangan beralasan tapi gunakan peluang yang dihidangkan. 


Mujurlah malam tadi, terpilih juga untuk duduk di depan ustaz Miftah tadah telinga di peghujung kuliah. Jaga adab berada dalam majlis ilmu, terus saja duduk didepan ustaz walau pun lambat sampai. Semoga benarlah janji Allah, pada masa yang sama amat berharap Allah buang segala mazmumah yang ada. Inilah rezeki dari Allah bukannya semata mata usaha sendiri. Terimakasih Allah. 


Cuma sepekara yang sukar nak yakin kan para asatizah, salah satu adab belajar ilmu adalah membawa perkakas menulis buku nota dan pena, kerana di zaman teknologi ini, saya gunakan handphone sebagai buku dan pena saya. Di harapkan ustaz dapatlah berhusnul zon melihat saya yang membongkok menaip memandang handphone ketika mendengar ceramah. Saya sedang mengambil nota untuk di simpan diedit dan diedar kepada semua samaada yang berminat atau tidak. Ini telah berlangsung sejak pertama whatsapp di perkenal kan. Moganya ada barakah dari Nya. 


Syukurlah kerana Allah pilih kita yang memang sibuk dengan urusan dunia dan  kemudian memaksa diri untuk sibuk dengan urusan agama pula. Cukuplah dulu dengan itu. Benarlah kata kata ustaz Miftah  malam tadi, yang di kupas dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman. 


“Ada kalangan kita adalah dalam Golongan Bersifat pertengahan. Tidak pernah lalai hari akhirat. Tidak juga terpedaya dengan syahwat. Cerita syahwat ni tak akan habis kalau kita ikut dan ikutnya. Mereka ini, kerja kerja dunia di buat sungguh sungguh. Tapi belajar agama dan berjemaah tetap dikejar. Bangun malam solat malam. Al Quran sehari tak pernah culas. Sentiasa ingat mati tapi ada masanya suka pada hal dunia tapi tidak sampai ke lagha dan lalai. Untuk kita berada dalam golongan ini pun sudah memadai” 


Rentetan dari itu teringat pula pada pesan Ustaz Yusri Ariffin pada malam sebelum nya, malam tu saya di gelar abang Romeo:


“Akal sihat jasad sejahtera. Saranan dari ilmuan Islam, menyuruh kita beraktiviti 

untuk menyihatkan tubuh badan kita. Tetapi, biasakan dengan beribadat dalam bersukan beriadah. Jaga lah pakaian, jaga pergaulan, jaga waktu solat. Isi masa dengan riadah yang ubudiyyah. Jadi kan satu budaya, pengisian dalam keluarga. In shaa Allah, akan jadi baiti jannati. Terutama nya dalam bab menjaga solat. Solat tiang agama. Siapa yang dirikan solat dia mendirikan agama, yang tak solat meruntuh merobek agama. Tak jaga solat akan rugilah kita, walau kita banyak berbuat perkara soleh dan kebajikan. Nabi saw: Sesungguhnya hanya sanya awal awal dihisab di hari kiamah adalah solat” Jika solat itu baik elok sempurna, elok baiklah amalan yang lain. Solat bukan no time, part time, sometime, solat full time, solat on time, lebih baik extra over time kerana mati itu on time. Buatlah yang fardhu topup dengan yang sunat. Budayakanlah”


Allahuakbar. Sesungguhnya mati itu adalah yang paling pasti, selain dari itu tidak ada perkara lain yang pasti. Dan jika kita tahu mereka yang dah mati itu, semuanya yang hari tu mati tak sangka dia mati. 


“Aku angkat tapak kaki aku, aku ingat pijak balik, rupanya aku ni di matikan. Aku ambik nasi, aku ingat boleh masuk mulut dan menelannya, tiba2 tersekat di anak tekak maka matilah aku”


Maka, berusahlah berada dalam pertengahan dan sentiasa budayakan unsur ibadah dalam aktiviti harian. Pesanan untuk semua...


Pagi ini masih lagi bercuti kita dari petikan buku fiqh siasah khulafa arrasyidin. In shaa Allah, esok kita akan sambung lagi...


*Akhirul kalam..*


Dalam arus dunia yang penuh cabaran hari ini, kita masyarakat Islam kenalah bergerak ikut masa. Society itu sendiri tidak statik dan alQuran ada menerangkan yang masyarakat berdepan  perubahan. Umat Islam itu sendiri digesa mengubah keadaan dirinya kepada keadaan yang lebih baik surah ar Raad, ayat yang ke 11:


“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan mereka sendiri.”


Tapi dalam masa yang sama Al quran dan hadis jangan di tinggal, tak nak buat semua jangan tinggal semua. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wasslam


Sedikit dari, 

*ncs@SeriMinang*

#https://youtu.be/MDNWviGrINE

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S