Sehari Satu Mukasurat Al Quran

Sabtu 1 Muharam 1444 (1_1_1444)/30 July 2022.  AL-SAJDAH (SUJUD) Juzu' 21/Surah 32: 30 Ayat (Diturunkan di Makkah) 

MS416 


SIAPA IBLIS & SYAITAN
Diperkenalkan di dalam Al Quran...

..كان من الجن ففسق عن أمر ربه
...Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya...
Maksud Surah Al-Kahfi ayat 50

Makhluk ghaib, dicipta dari api, tidak mampu dilihat oleh pancaindera, makhluk kufur kepada Allah setelah enggan sujud tanda hormat kepada Nabi Adam, dilaknat  Allah SWT selama-lamanya.

Surah Al-Imran: Ayat 175
إنما ذلكم الشيطن
يخوف أولياءه فلا تخافوهم وخافون إن كنتم مؤمنين
Maksudnya:
"Sesungguhnya mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti kamu) dengan teman-teman setianya, oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu orang-orang beriman."

Ciri-cirinya:
1. Makhluk ghaib yang tercipta dari api.
2. Asalnya makhluk yang soleh namun angkuh sombong dengan perintah Allah.
3. Panjang umur sehingga hari kiamat dan berketurunan yang ramai.
4. Bermotivasi tinggi, well organized, menyesatkan jin dan manusia agar bersamanya di Neraka Allah.


#328.2021

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S