Quran Berbicara

 Sehari Satu Mukasurat Al Quran

Rabu 19 Muharam 1444 (19_1_1444)/17 Aug 2022.  FATHIR (Pencipta) Juzu' 22/Surah 35: 45 Ayat (Makkah) 

MS434

#346.2021


UlangKaji...

Penutup Surah SABA hari. Kita kongsi mukjizat yg Allah kurniakan pada Nabi Daud A.S

Mukjizat Nabi Daud

1. Kitab Zabur

Allah BERFIRMAN:
"Dan Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain) dan Kami berikan Zabur (kepada Daud). (Surah al-Isra’, ayat 55).


2  Memahami bahasa Burong

Allah BERFIRMAN:
“Bersabarlah atas apa yang mereka katakan; dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia sangat taat (kepada Allah). Sesungguhnya, Kamilah yang menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi. Dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masing sangat taat (kepada Allah).”
(Surah Sad : ayat 17-19).

3. Mwmpunyai suara yang sangat merdu
4. Gunung2, air dan angin tunduk kepada nabi Daud A.S

5. Lembutkan besi dengan tangan

Allah BERFIRMAN:

Wahai gunung-ganang dan burung-burung! Bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud,” dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah kebajikan. Sesungguhnya Aku Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. 
(Surah Saba’ : ayat 10-11)

6. Raja dan mempunyai Kerajaan Yang Kuat

Allah BERFIRMAN:

"Mereka (tentera Talut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan dalam peperangan itu Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah (sesudah meninggalnya Talut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendakiNya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam.
(Surah Al Baqarah : ayat 251)



Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S