Coretan Kisah AKU - Salam Jumaat
Sehari Satu Mukasurat Al Quran
Jumaat 28 Muharam 1444 (28_1_1444)/26 Aug 2022. YASEEN () Juzu' 23/Surah 36: 83 Ayat (Makkah)MS443
#355.2021
Coretan Hari Jumaat...
Masih aku ingat 1980an ketika bersama jemaah tabligh, ada satu karkun lama ingatkan jangan bercakap isu2 politik berparti semasa keluar jemaah. Masa itu perangai aku "Aku dengar dan aku patuh"
Bila dah tua2 ni, baru aku perasaan, kesannya. Dalam qariah aku, WA yang dishare lebih kpd provokasi. Kita bukan AHLInya, bila dikongsi nampak sangat keTOLOLan kita. Dahlah sumber yang diambil terang2an dari "Mummy" yang diberi nyawa semula. Masih tak sedar apa lagi insaf, buat kerja macam dulu2. "Utusan Malaysia". Dulu, Kini dan Selamanya.
Kita doakan semua orang baik2, insaf, sedar. Kita usaha untuk tutup pintu NERAKA serapat2nya. Kita berusaha membuka pintu SUURGA seluas2nya. Usaha ini bermula disini, Alam Dunia.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya, “Bagaimana maksud amanat disia-siakan?” Nabi pun menjawab, "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu."
(Hadits Bukhari Nomor 6015).
Salam Jumaat.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[Quran 49:6]
Comments
Post a Comment