Syukur

Sehari Satu Mukasurat Al Quran
Rabu 8 Rabi ul Awal 1444 (8_3_1444)/5 Oct 2022.  Al-SYURA (Musyarawah) Juzu' 25/Surah 42: (53) Ayat (Makkiyah)
MS483
#395.2021


AHLUL BADR - #26 - 313
Rabu 8 Rabiul Awal 1444 (8_3_1444)/5 Oct 2022. 
26. Salim (maula Abu Huzaifah) رضي الله عنه

Salim maula Abu Huzaifah - pakar Al-Quran

Pada suatu hari, Rasulullah saw. berpesan kepada para sahabatnya, “Belajarlah Al Qur'an daripada empat orang: Abdullah bin Mas'ud, Salim Maula Abu Hudzaifah, Ubai bin Ka'b dan Muadz bin Jabal." 

Kita sudah berkenalan dengan Abdullah bin Mas'ud, Ubai dan Muadz. Jadi, siapakah pula sahabat yang keempat yang dijadikan Rasulullah sebagai rujukan untuk mengajarkan AI Qur'an? 

Dialah Salim Maula (hamba yang dibebaskan oleh) Abu Hudzaifah. 

Dahulunya, beliau merupakan seorang hamba yang dijual beli, lalu Islam mengangkat martabatnya, sehingga beliau dijadikan anak angkat oleh seorang tokoh Islam terkemuka, 
yang sebelum masuk Islam juga seorang bangsawan dan pemuka Quraisy. 

Selepas Islam menghapuskan budaya anak angkat ketika itu, beliau menjadi saudara dan kawan rapat kepada orang yang memerdekakannya, yaitu sahabat mulia Abu Hudzaifah bin Utbah. 

Bahkan, peristiwa ini selalu diingati oleh Saidina Umar dan mempengaruhi sikap dan pandangannya terhadap Khalid. Beliau berkata, "Sesungguhnya, pedang Khalid itu terlalu tergesa-gesa." 

Dalam pasukan kecil yang diketuai oleh Khalid itulah terdapat Salim Maula Abu Hudzaifah dan sahabat yang lain. 
Ketika beliau melihat tindakan Khalid tersebur, Salim menegurnya habis-habisan dan memberitahukan kesalahannya sedangkan Khalid, yang merupakan seorang komandan dan juga pahlawan hebat pada zaman Jahiliah dan selepas Islam, kadang-kadang diam sambil mendengar, kadang - kadang membela hujahnya dan kadang-kadang berbicara dengan suara lantang. Namun, Salim tetap berpegang pada pendiriannya dan mengemukakannya 
tanpa rasa takut atau basa-basi. 

Pada waktu itu, Salim tidak memandang Khalid sebagai pemuka bangsawan dan 
memandang dirinya sebagai hamba belian.  Tidak! Hal ini kerana Islam telah menyamakan kedudukan mereka. 
Beliau juga tidak memandangnya sebagai komandan yang bebas untuk berbuat apa-apa kesalahan, tetapi sebagai rakan seperjuangan. Teguran yang beliau tujukan kepada Khalid bukan kerana maksud tertentu atau dengan tujuan tertentu, tetapi sebagai nasihat yang dijunjung tinggi oleh Islam, dan dijadikan oleh Nabi saw. sebagai sendi agama. 

Baginda pernah bersabda, 
"Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. 
Agama itu nasihat." 

Ketika Rasulullah saw. mendengar tindakan Khalid itu, beliau bertanya, ''Adakah sesiapa yang tidak bersetuju dengannya?" 

Alangkah indah dan hebatnya pertanyaan ini. Kemarahan Rasulullah pun mereda ketika para sahabat menjawab,  "Ada. Salim Maula Abu Hudzaifah." 

Salim menjalani kehidupannya bersama Rasulullah dan kaum muslimin.

[  ] Coretan In.My.Mind #12
"S Y U K U R" 

"K E H I D U P A N"

Fikir Itu Zikir @HjKY -
5 Okt 2022

Allah SWT Berfirman

"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” 

(QS. Al-Baqarah ayat 152).

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” 
(QS. An-Nahl:78).

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda,
"Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia tertipu olehnya, yaitu kesehatan dan waktu luang.”


Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S