FASIQ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
FASIQ - Politik Semasa
Habis pilihanraya PRU15 baranya masih menyala dengan kenyataan2 oleh pemenang dan kalah. Lebih menyakitkan yang kalah dimenangkan berpaksikan kebathilan.
Analisa demi analisa dihidangkan oleh kedua2 pihak. Dapat dilihat bagaimana sistem "Demokrasi" yang diperkenalkan oleh manusia dikotakkatikan mengikut polar pemikiran kaum Quraish. Ketika Nabi SAW menjalankan usaha menyeru manusia kepada Allah SWT. dengàn menyatakan yang hak, mereka berusaha yntuk.menghentikannya.
Tindakan susulan bermula lah ueusan tawar.menawar diantara Quraish dengan Abu Talib. bapa saudara Nabi. Sebelum memvuat kwpurusan, Abu Talib mengambil.pendekatan - tanya tuan badan. Abu Talib walaupun tidak beriman namun beliau bersikap adil.
Apa ungkapan baginda Nabi.
"Seandainya Matahari diletakan ditangan kananku dan Bulan ditangan kiriku...:
Satu.mesej yang jelas.
Itulah ketegasan Nabi SAW, menolak tawaran puak Quraish. Putar belit demi putar belit melalui percakapan, penulis upahan dan kenyataan demi kenyataan "menegakan benang basah" menyebabkan warga maya keliru. Tapi menjadi lebih parah bila tindakan mereka ini menjadikan rakyat marhain mempercayainya.
Imam Syafi’i berkata :
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, karena orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
Menjaga Amalan Dari Kerosakan Pemikiran
Agak sukar menyediakan tapisan berdepan dengan maklumat2 yang mendatang. Ribuan kaca diantara sebiji permata. Gilapan yang sama, nilaian yang amat berbeza. Kualiti penapis hendaklah.menggunakan piawan standard Islam seperti ayat
Al Hujurat Ayat 6
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ جَاۤءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَاٍ فَتَبَيَّنُوْٓا اَنْ تُصِيْبُوْا قَوْمًاۢ بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوْا عَلٰى مَا فَعَلْتُمْ نٰدِمِيْنَ
6. Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum karena kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.
Comments
Post a Comment