Sel: 23/2023: Coretan.In.My.Mind.#44
8 Days Botique Hotel, Skudai
Isnin 1 Rejab 1444, Abg Nizal (Abd Razak Idris) dan Maksu Senani meninggal dunia di Kuala Lumpur. Semoga Allah SWT merahmati kedua dua arwah.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia yang Maha Pembuka, membuka pintu hati para hamba Nya untuk merasai akan nikmat kebenaran. Allahumma iftah ‘alayna futuh alArifin.
Al Quran Sehari Satu MukaSurat
Selasa 2 Rejab 1444 (2_7_1444)/ 24_Jan2023.,
AL ASH SHAMS Juz'30, Surah_91 (15) Ayat (Makkiyah) AL LAIL Juz'30 Surah_92 (21) Ayat, (Makkiyah)
MS595
#505.2021
Surah Asy-Syams (bahasa Arab: الشّمس) adalah surah ke-91 dalam al-Qur'an, terdiri atas 15 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al-Qadr. Dinamai Asly Syams (matahari) diambil dari perkataan Asy Syams yang terdapat pada ayat permulaan surat ini.
⁰Surah Al-Lail (سورة الليل) adalah surah ke-92 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 21 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-'Alaq. Surat ini dinamai Al Lail (malam), diambil dari perkataan Al Lail yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
Definasi Bahasa Arab
Al Lail - Malam
Nasihat Agama
Siapa pun kita, hanya syurga Allah dambaan kita di suatu hari nanti. Tak ada yang tidak mahu, tapi termasuklah saya hendakkan syurga akan tapi perbuatan di dunia banyak mencondongkan diri ke arah neraka. Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya bertemu satu doa yang sangat baik untuk di amalkan. Semoga Doa ni dijadikan amalan. Personally, saya rasa selepas kita sudah doa macam macam, elok lah sangat kalau dirangkum kan semua doa kita dengan doa ini. Ia doa keselamatan kita di dunia dan akhirat.
Tokoh2 Islam
• Mus'ab bin Umair
Mus'ab ibn Umair (Arab: مصعب بن عمير), juga dikenali sebagai Mus'ab al-Khair ("Mus'ab yang baik")[1] merupakan seorang pemuda yang berasal dari golongan bangsawan Mekah..
"...Apabila sampai di tempat dikujurkan tubuh Mus’ab, Nabi Muhammad menangis teresak-esak.
Ini kerana tidak ada kain lain untuk digunakan menutup tubuh Mus’ab melainkan sehelai kain selimut yang digunakan untuk menutup badan. Sekiranya kain ini ditarik ke atas untuk menutup kepalanya, maka terlihatlah kedua batang batang kakinya. Dan jika ditarik ke bawah untuk menutup kaki, maka kelihatanlah kepalanya"
Politik Semasa
□
والله أعلم بالصواب
Comments
Post a Comment