Jumaat 20/2023: Coretan.In.My.Mind.#41
Masjid At Takwa, IKTBN, Pagoh JOHOR
Grand Medini Residen, Johor Bharuالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia yang Maha Pembuka, membuka pintu hati para hamba Nya untuk merasai akan nikmat kebenaran. Allahumma iftah ‘alayna futuh alArifin.
AT TARIQ , Surah_86 (17) Ayat (Makkiyah) & AL ALA, Surah_87 (19) (Makkiyah).
MS591
#501.2021
At-Tariq (Arab: سورة الطارق ) ialah surah ke-86 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 17 ayat. Dinamakan At-Tariq yang bererti "yang datang di malam hari" diambil dari perkataan At-Thaariq yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
Surah Al-A'laa (Arab: سورة الأعلى ) ialah surat ke-87 dalam al-Quran. Surat ini tergolong surat Makiyyah yang terdiri atas 19 ayat. Dinamakan Al A'laa yang bererti "yang paling tinggi" diambil dari perkataan Al A'laa yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
• Ubay bin Ka'ab
UBAI BIN KA'AB merupakan antara tokoh yang terawal memeluk agama Islam.
Dikenali dengan nama Abu al-Munzir dan Abu al-Tufail, figura ini begitu terkenal sebagai orang yang mencatat dan menyusun al-Quran pada zaman Rasulullah SAW.
Daripada Qatadah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik:"Siapa yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Nabi?" Anas menjawab:"Ada empat orang. Semuanya dalam kalangan Ansar; Ubai bin Ka'ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit dan Abu Zaid RA." (Riwayat al-Bukhari)
Anas berkata, Nabi SAW berkata kepada Ubai:"Sesungguhnya ALLAH memerintahkan kepadaku untuk mengajarimu al-Quran."
Ubai bertanya:"Apakah ALLAH menyebut namaku kepadamu?" Nabi SAW menjawab:"Ya."
Ubai bertanya kembali:"Dan aku disebut di sisi ALLAH Pencipta alam semesta?" Nabi SAW menjawab:"Ya." Mendengar hal itu, mata Ubai mengalirkan air mata, menangis. (Riwayat al-Bukhari)
Menurut pendapat yang masyhur, Ubai bin Ka'ab wafat pada zamah Khalifah Umar al-Khattab RA iaitu tahun 20 Hijriah di Madinah.
Comments
Post a Comment