Sabtu: 131/2023 Coretan.In.My.Mind.#151
Sabtu 22 Syawal 1444H (22_10_1444)/ 13_5_2023. Puasa Syawal 5/6
Hari in dalam sejarah kehidupan - 13 May 1989, hari perkahwinan bersamaan 7 Syawal 1409 Hijrah.
Solat Suboh Surau Al Amin - Cheras. - Imam Rasle.
Kuliah Suboh - Ust Amir Akbar, Kitab Bahrul Mazi, Juzuk 7.Masa_Kitabullah (QS.An Nisa: 155-176), Ms 106:604.
Apa itu Ruwaibidhah?
Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab, iaitu rabhidah yang merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.
Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)
Hotel Melaka Sentral
Comments
Post a Comment