Sabtu: 138/2023 Coretan.In.My.Mind.#158

Sabtu 29 Syawal 1444H (29_10_1444)/ 20_5_2023

03:51
Masjid Besar, Kuantan

Solat Suboh Masjid Besar Kuantan (Sultan Ahmad Shah)

Memperingati 75 tahun peristiwa Nakbah, jenama bencana yang menimpa Palestin ini wajib ditanggung bersama dosanya oleh umat Islam, bukan sahaja ditanggung oleh penduduk Palestin dan Arab di sekelilingnya yang berdiam diri. 

Palestin dirompak oleh Zionis dengan bantuan negara-negara penjajah yang dilaksanakan secara berperingkat selepas kejatuhan Turki ‘Uthmaniyyah, kuasa besar Islam.

Kedudukan bumi Palestin yang menjadi milik Islam ialah ketetapan Allah SWT, malah menjadi kewajipan bagi penduduknya dan jirannya untuk mempertahankannya. 

Penduduk Palestin yang telah bermukim sejak beberapa abad adalah daripada kaum asal Arab yang menganut Islam dan berbahasa Arab.

Penduduk Palestin juga terdiri daripada asal bangsa lain seperti Yahudi, Kristian, dan lain-lain yang memeluk Islam dan berbahasa Arab, termasuk kalangan minoriti yang bukan Islam.

Kalangan majoriti rakyat umat Islam dan beberapa negaranya adalah bersama rakyat Palestin. Akan tetapi, ada juga yang mengecewakan, bahkan ada yang bersekongkol dengan musuh dalam pasukan Ahzab moden.

Ada juga kalangan kaum Ortodoks Yahudi bermazhab Neturei Karta mengharamkan penubuhan negara Israel. Hal ini demikian kerana, kepercayaan mereka bahawa mendirikan negara untuk bangsa Yahudi itu bakal menjadi kubur yang menamatkan ajal kaum mereka yang pernah bersikap sangat zalim terhadap para anbiya’ dan ulama’ yang soleh.

Maka, di mana wajahnya negara umat Islam dan Arab yang menerima kewujudan negara haram Israel?

Lunch MaBIQ Tanjung Lumpur

Taqdim. RNR Gambang

Taqdim Maghrib, Ikea. 
20.00 Home Sweet Home





Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S