*Aidil Adha 1444H.
Khamis 10 Dhul Hijjah 1444H (10_12_1444)/29_6_2023.
In.My.Mind #9-2023
Fikir Itu Zikir
Jangan tunggu waktu untuk berubah
Berubah sementara ada waktu...
Harian_Al Quran (QS. Al A'raaf: 131- 128), Ms 166:604.
Solat Suboh 6.02am - Masjid BTHO
Solat Eidul Adha 8.00am, Surau Al Amin.
1. Sairatulrahim - sambungkan.
2. Habil dan Qabil - Kisah manusia
3. Ibrahim & Ismail - Berhala Namrud. Pengorbanan Ibrahim, Hajar dan Ismail. Meletakan hak Alah keatas hamba. Ujian dan pengingatan.
"Sahabat SDHHY. Saya sharing dari group lain. Sama sama Kita Hayati.
------------------++++---------
Tarikh ni berhantu. 2 Julai 1990. Saya ingat sangat sebab tarikh tu tarikh Raya Haji.
.
Time tu saya sedang bercuti. Kuliah akan mula dalam seminggu dua lagi.
.
Pagi raya tu macam biasa kami sefamili pergi solat di Masjid USM. Saya suka solat masjid USM. Biasanya khutbah kedua ada khutbah dalam Bahasa Inggeris.
.
Pagi tu khatib ialah Al Marhum Prof Shahnon Ahmad. Beliau adalah Sasterawan Negara. Dia juga Pengarah Pusat Islam USM waktu tu.
.
Bila Prof Shahnon berkhutbah bahasa dia indah. Susunan katanya tersusun. Ayat ayat dia menusuk. Glup glup masuk dalam hati.
.
Inilah kali pertama air mata saya deras mengalir. Bukan saya seorang. Ramai orang bergenang air.
.
Teknik bahasa storytelling Prof Shahnon memang luarbiasa. Kisah Nabi Ibrahim yang beliau naratifkan seolah berada di depan mata. Seolah saya sedang melihat layar yang tayang kisah ini.
.
Ada satu petikan katanya yang saya ingat sampai sekarang. Saya rasakan tidak ada khatib yang mampu jelmakan naratif khutbah menusuk begitu.
.
Prof Shahnon tidak guna teks. Hanya poin poin penting yang beliau catit. Macam mana saya tahu. Lepas solat saya hampiri Prof. Masa bersalam saya minta teks khutbah. Dia senyum. Dia tunjukkan kertas kecil. “Saya tulis poin saja. Tak dak teks.”
.
Ayat yang terngiang tu yang Prof sebut. Saya catit maklumlah saya budak universiti waktu. Saya bawa buku nota
.
“Suka atau tidak. Sedar atau tidak. Kisah kisah Ibrahim ini kisah kita. Kitalah Ibrahim. Ibrahim ada Ismail. Ismail bukan sekadar anak. Ismail adalah benda yang bertakhta dalam hati. Ismail kita berbeza beza.
.
Ismail kita mungkin harta. Ismail kita mungkin jawatan. Ismail kita mungkin rumah dan kereta. Ismail kita mungkin keturunan kita. Mungkin ego kita.
.
Ibrahim tidak disuruh bunuh Ismail. Bukan secara literal sembelih Ismail. Allah suruh Nabi Ibrahim bunuh rasa bermilik terhadap Ismail. Bunuh rasa mutlak memiliki. Bunuh rasa sayang pada dunia ini. Hakikatnya Ismail kita, Ismail
Ibrahim adalah kepunyaan ALLAH.”
.
Sidang jemaah sekalian. Raya korban ini bukan sekadar korbankan binatang. Bukan. Tapi korban rasa pemilikan pada benda picisan yang berdaki dalam diri insan. Rasai semua pemilikan adalah milik Tuhan”
.
Masa tulis bait kata Prof Shahnon, menitis air mata saya. Betapa ibrah kehidupan yang Allah sampaikan kita selalu keciciran. Melihat dari sudut pandang yang berbeza.
.
Tuan puan. Cuba semak. Apa Ismail kita?
.
#DrRizal
Comments
Post a Comment