Isnin - 154/2023 Coretan.In.My.Mind.#174
Isnin 16 Dhul Qai'dah 1444H (16_11_1444)/5_6_2023.
Solat Suboh Bilik
Masa_Kitabullah (QS. Al Anaam: 91-101), Ms 140:604.
"Nafsu akan membuat raja menjadi budak, Sementara Sabar membuat budak menjadi Raja"
Imam Ghazali
Sejarah
Pengkaji-pengkaji sejarah Kedah dah jumpa banyak penemuan baharu dan dokumen-dokumen sejarah yang menyokong keperluan penulisan semula sejarah negeri Kedah berdasarkan fakta dan hasil penemuan baharu bukti dan kajian.
Tetapi hasil kajian hanya menjadi hasil yang tidak mampu pergi jauh dan akhirnya hanya akan hilang begitu sahaja kerana tiada pemimpin politik mengangkat hasil kajian itu dengan kuasa 'political will'. Pemimpin politik tak ada keberanian untuk mengangkat martabat sejarah negeri, bangsa dan ummah. Rela membiarkan sejarah sendiri diracuni.
Sehinggalah muncul budak kampong dari Jeneri, merangkap Laksamana Pertama (Kehormat) TLDM menyuarakan dengan lantang... Pastilah para pengkaji sejarah akan kembali bersemangat dan sanggup menyediakan segala bentuk fakta, rujukan, bukti, hasil kajian, dokumen etc... untuk menyokong political will yang dicetuskan.
Lihatlah bagaimana kebangkitan China sebagai kuasa politik dan ekonomi dunia - bukan diubah spontan dan tiba-tiba. Tetapi ia melalui satu membuang doktrin sebagai bangsa terjajah dengan cara memurnikan semula sejarah menurut naratif sendiri, bukan lagi naratif penjajah. China melaksanakan proses menanam sejarah keagungan tamadun China kepada rakyatnya melalui penulisan akademik sehinggalah filem-filem dan drama-drama. Sepanjang penjajahan, orang-orang China berasa sangat inferior terhadap orang British, Amerika, dan Jepun. Namun hari ini tidak lagi - hasil doktrin sejarah kehebatan bangsa China yang diusahakan.
Begitu juga Turki. Mereka sedang berusaha bangkit semua sebagai kuasa besar dunia setelah 100 tahun empayar agung mereka tumbang - dengan cara memurnikan sejarah - biar rakyat Turki tahu sejarah mereka gemilang. Drama dan filem berasaskan sejarah digembeling bersama dengan penulisan akademik.
Bak kata ilmuan - hendak matikan pokok besar, racunlah akarnya. Hendak matikan satu bangsa, racunlah sejarahnya. Bangsa yang dijajah telah diracun sejarahnya oleh penjajah - termasukan negara kita. Kita bagaikan hilang identiti sebagai satu bangsa yang mempunyai empayar agung suatu ketika dahulu. Anak-anak generasi kita membesar dalam keadaan berasa inferior terhadap bangsa lain secara tidak disedari. Sejarah umat dan sejarah negeri kita ditulis oleh orang lain. Kita perlu mengubahnya.
Comments
Post a Comment