*Khamis - 164/2023 Coretan.In.My.Mind.#184
Khamis 26 Dhul Qai'dah 1444H (26_11_1444)/15_6_2023.
In.My.Mind #184
"Jiwa manusia itu seperti cermin yang memantulkan bayangannya. Kebajikan akan membuat jiwa itu bersinar, sementara keburukan akan membuatnya gelap."
Solat Suboh Madrasah Bustanul Ulum, Taman Tasik.
Ruang Legar Ikea, DamansaraEunuss. Ikea
Youtube - Prophet SAW Warned Every Muslim Of 2 Wolves.
DARIPADA Ka’ab bin Malik RA ia berkata,"Rasulullah SAW bersabda, dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosakkan jika dibandingkan dengan sifat tamak manusia terhadap harta dan kuasa yang sangat merosakkan agamanya." (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW membuat perbandingan antara orang yang tamak dan rakus terhadap harta dan kekuasaan lebih membawa kerosakan berbanding kerosakan yang berlaku apabila dua ekor serigala yang kelaparan dilepaskan dalam sekawan kambing. Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas sekali bahawa mereka yang tamak dan rakus terhadap harta dan kuasa akan merosakkan agamanya.
Masa_Kitabullah (QS. Al A'raaf: 52-), Ms 157:604.
Comments
Post a Comment