Isnin *NCS @ 2 DzulKaedah 1447 H* * Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat * Ustaz Khairullah Mamat - tafsir Al Qalam ayat 26 -33 * <PART 2> السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Pagi Isnin. Hari ini 20 April 2026 awal pagi di hari Isnin pertama selepas ianya berakhir Ramadan dan juga sambutan Aidilfitri 1447H. Semoga hari Isnin versi ini menjadi pembuka rezeki dan permulaan minggu yang penuh keberkatan buat kita semua. بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Moga benarlah pandangan ulama, salah satu dari tanda amalan Ramadan diterima oleh Allah adalah bila ia membawa pada amalan baik berterusan (istiqamah) walau lepas bulan tersebut; kalau tidak ada, tak akan kita tak mahu termasuk di dalam golongan ini; maka, dari itu paksa lah tanda itu keluar dari dalam diri kita. Paksalah diri terus menjaga solat, baca Quran dan pelihara akhlak. Ingat lagi tak, nabi saw meng ”amin”kan doa Malaikat Jibril yang ada menyebut tentang kecelakaan bagi satu jenis...
Comments
Post a Comment