10_12_1445H Isnin (17/6/2024)254-572

Hariraya Qurban. 1445H. 
Cheras. Heat, 27° Feel like 32°. Cloudy. Eccessive Heat. Petang Hujan

Perang Gaza hari ke - 254
PMX perentah hari ke - 572

PMX BALA APA LAGI! 
Nuar Oh Nuar, Berputar2 Cakap
3 Days ago - Govt not hiring Sporean to teach English here, says PM
4 Daya ago - Anwar asks Wong to consider placing Singaporean teacher..
- The Star

10 Zulhijjah 1445H. 

1.00 US Dollar = 
4.7197242 Malaysian Ringgit 
Last updated Jun 17, 2024, 01:04 UTC

Baca AlQuran faham dan amalkannya.
Sehari Satu Mukasurat - Surah Maryam 99-113, 319:604
Surau Al Amin

Eidul Adha 1445H.

Gambar

Coretan In.My.Mind # 18-2024

Korbankan "aku," nyatalah "DIA"!!!
Korbankan "ilmu aku," nyatalah ILMU DIA.
Korbankan "qudrat aku," nyatalah QUDRAT DIA.
Korbankan "kehendak aku," nyatalah KEHENDAK DIA.
Korbankan "milik aku," nyatalah MILIK DIA.

Bila nyata DIA pada segala...
Terlontarlah batu2 mazmumah... (sifat tercela) ke jamrah (kawah).
Hilanglah angkuh & sombong...
Hilanglah taklid & taksub buta...
Hilanglah tamak & cinta dunia...
Hilanglah dengki & dendam.

Bila nyata DIA pada segala...
Semuanya damai walaupun berbeza...
Semuanya indah dalam RahmatNya...
Kerana DIA Ar-Rahman & Ar-Rahim.

Salam Aidil Adha drpd ambe sekeluarga.
Maaf zahir batin.

Tazkirah Ringkas # 22-2024
Cinta Dunia Takut Mati

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.” 

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?”  Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Dawud).

Hadis di atas menyatakan bahawa berlakunya keadaan ini apabila umat akhir zaman ini menghidap dua penyakit yang amat kronik. Cintakan dunia dan takutkan mati.

Apakah penyakit lain yang tidak disebut oleh Nabi Muhammad SAW yang menyebabkan keadaan ini boleh berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (HR Hakim):

Sudah tentu jika ada penyakit mesti ada ubatnya. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam)” (Surah Ali Imran: 103)

Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada kita, umatnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga.” – (Riwayat Bukhari)


Tik Tok Hari Ini # 22- 2024
PMX Kantoi teruk pasai isu guru Singapura tu!
Papa Berry Studios

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S