Ahad
14.Jamadhil Awal.1446 (17.Nov.24)Terimakasih ya Allah. Engkau memahamkan aku berdikit dikit hakikat "Ujian Mengikut Kemampuanku". Bantulah Aku untok dapat redhamu.
Kisah Nabi Ayub

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
(Saad 38:41)
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
(Saad 38:42) |KEMAMPUAN U MOBILE SEBAGAI PENGENDALI RANGKAIAN 5G DIRAGUI
Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melantik U Mobile Sdn Bhd sebagai pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bagi rangkaian 5G kedua di Malaysia telah mencetuskan kontroversi besar dalam kalangan penganalisis dan pemerhati industri telekomunikasi. U Mobile, yang dianggap lebih kecil berbanding pesaing utama seperti Maxis dan CelcomDigi, dilihat kurang berdaya saing dari segi sumber kewangan dan kemampuan teknikal. Keputusan ini turut menjadi persoalan hangat dalam kalangan rakyat, yang mempersoalkan kemampuan syarikat tersebut dalam mengendalikan rangkaian 5G.
Salah satu faktor utama yang menimbulkan keraguan terhadap kemampuan U Mobile adalah saiz syarikat dan kekuatan kewangannya yang lebih kecil berbanding syarikat-syarikat telco gergasi seperti Maxis dan CelcomDigi. Menurut kajian CIMB Securities, U Mobile mempunyai nisbah hutang bersih kepada EBITDA yang tinggi, iaitu 4.3 kali, berbanding Maxis (2.2 kali) dan CelcomDigi (2.1 kali). Nisbah ini menunjukkan tahap kebergantungan U Mobile pada hutang yang lebih tinggi, yang menjadikan mereka lebih terbeban dalam menampung kos pembangunan rangkaian 5G, yang dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion dalam tempoh 18 hingga 24 bulan untuk mencapai liputan populasi 80%.
Dengan nisbah hutang yang tinggi, U Mobile dijangka terpaksa mencari rakan kongsi kewangan yang kuat untuk berkongsi kos pelaburan ini. CIMB Securities menjangkakan akan ada kerjasama dengan Maxis atau CelcomDigi sebagai langkah bagi U Mobile untuk mengurangkan beban pelaburan tersebut. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Menteri Komunikasi, bahawa syarikat U Mobile akan bekerjasama dengan mana-mana syarikat telco yang lain. Namun, ini menimbulkan persoalan sama ada U Mobile mampu melaksanakan peranan sebagai pengendali rangkaian 5G kedua dalam jangka masa yang panjang.
Lebih merisaukan, pemegang saham utama U Mobile adalah Straits Mobile Investments, sebuah anak syarikat Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia) yang bernaung di bawah Temasek Holdings, syarikat pelaburan milik kerajaan Singapura. Situasi ini mencetuskan kritikan kerana terdapat persepsi bahawa pelantikan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua mungkin membuka peluang keuntungan besar kepada syarikat luar, sedangkan terdapat syarikat tempatan lain yang berpotensi, seperti Digital Nasional Berhad (DNB), yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang lebih layak mendapat tender tersebut.
Di samping itu, pelantikan U Mobile ini juga mencetuskan kebimbangan mengenai ketidakstabilan sektor telekomunikasi tempatan, terutama apabila melibatkan struktur kepemilikan asing dalam syarikat yang memegang peranan strategik. Dominasi syarikat asing dalam infrastruktur telekomunikasi Malaysia mungkin akan menimbulkan risiko terhadap kawalan dan kedaulatan negara dalam pengurusan rangkaian penting seperti 5G.
Walaupun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa U Mobile telah mematuhi paiwaian syarat khas lesen dan komited untuk mengurangkan pengangan asing kepada 20% dan membuka pengangan tersebut kepada milikan tempatan, namun perkara itu masih lagi menjadi tanda tanya sejauh mana perkara itu akan dilaksanakan.
Keputusan Kerajaan untuk menjadikan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G adalah suatu keputusan yang tidak menguntungkan rakyat. Mengapa perlu mengkayakan golongan mahakaya asing dan kroni-kroni, sedangkan ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada rakyat. Nampaknya reformasi yang dilaungkan selama ini untuk memperjuangkan hak rakyat kini sudah mati dan kini mereka berjuang untuk mengkayakan lagi mahakaya.
Nazrul Nazir
Pengarah Komunikasi Strategik
Dewan Pemuda PAS Malaysia
#PemudaPAS #KitaMemimpin
https://www.facebook.com/share/p/15TEAezerE/
Comments
Post a Comment