Sabtu
20 Jamadhil Awal.1446 (23.Nov.24)

Suboh Surau Al Amin

Kuliah Suboh - Suroh Buat Perkara yg Baik.


A104

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(A-li'Imraan 3:104)

Fael Mardi-  berlalu
Fael Mudoriq  - Sentiasa
Fael Amal -"menyuruh 

Al Imran 104 - Fael Muthoriq sentiasa melakukan perkara yg baik. Amar Masrof san.larang yg jahat. 

Apa itu Mahzab?


Tn Guru Hj Abd Hadi Awang

Pelaksanaan Islam yang adil kepada semua dibuktikan contoh teladannya oleh Rasulullah SAW di negara Madinah yang bersifat madani mengikut petunjuk Allah, bukan madani ciptaan manusia yang membawa akibat kehancuran dan kemusnahan semua tamadun kuasa besar pada zaman purba serta kejatuhan kuasa besar yang kaya-raya pada zaman moden terkini, malah ada yang sedang menunggu giliran kejatuhannya.

Seterusnya, Islam telah berjaya menegakkan negara masyarakat majmuk berbagai-bagai bangsa dan agama yang paling besar, merangkumi sebahagian benua Asia sehingga Asia Tenggara melalui Asia Tengah, Afrika Utara dan Afrika Tengah, serta Eropah Selatan. Di samping itu, Islam berjaya mencipta tamadun Islam (hadarah Islamiah) yang paling berjaya selama beberapa abad melalui ilmu wahyu dan ilmu akal yang menepati fitrah manusia daripada pelbagai bangsa dan agama, walaupun berjauhan kedudukan masing-masing.

Islam mewujudkan perpaduan berkesan sehingga berjaya mengumpulkan ilmu dan kelebihan berbagai-bagai bangsa dengan hidayah Allah, lantas mencipta tamadun dunia. Sehingga kini, masih ada kesannya walaupun selepas kejatuhan kerajaannya. Namun, tamadun itu menempah kemusnahan apabila terpesong daripada Islam.

Barat yang mencipta tamadunnya tanpa hidayah Islam membawa kemusnahan yang sedang disaksikan, melalui kerosakan kehidupan diri manusia, keluarga, masyarakat, dan alam sekitarnya.

Malangnya, Islam dijatuhkan oleh manusia sendiri dengan tangan-tangan mereka yang dengki terhadap kejayaan penganutnya. Mereka mencipta ideologi sendiri dengan meninggalkan petunjuk Allah. Firman Allah SWT:

... إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ ... ١١

“...Sesungguhnya, Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...” [Surah al-Ra‘d: 11]

https://x.com/abdulhadiawang/status/1859100724103442624?t=WmFY-Zl_WMvmm6SYC7AU2g&s=19
Baca selanjutnya:

harakahdaily.net/index.php/2024…


Kuliah Isyak Sunnah Yang Diabaikan
Ustaz Mohd Adlan Moktaruddin

Mimpi yg baik. 





Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S