Ahad
27 Jamadilakhir.1446 (29.Dis.24)

Ustaz Mohd Hafis Hassan

Habib Abdullah Al Hadad

Jangan panjang angan2 dan harapan. Matlamat akhirat kebahagian dan dunia menyesal. 

Amal manusia bergantung pada hari "akhirnya". 
1. Ziarah pergi ke telinga kanan ucap "la ila ha ill ha illah". Baca doa dan balik.
2. Ilmu Tauhid kenal sifat Allah 
3. Ilmu taasawuf lahir lah Ikhlas, riaq sombong, ujub.

2. Akhirnya dgn Amal soleh.
3. Dimuliakan Islam. Melaksanakan amalan yanng baik.
4. Mati Syahid  perang2an, mempertahan agama.

Cara memohon husnul khotimah
1. Doa. Diakhiri hidup dgn husnol khotimah. 
2. Hubungan dgn Allah swt. Istigfar atau sebut nama Allah. Sebut dan selawat pada nabi. 
3. Baiki solat. Istifar, selawat. 
4. Baca quran. 
5. Jaga Fardu bykan amalan sunat.
6. Taubat.
7. Bersih hati.
8. Jauhkan Dosa besar, berpeluh didahi (riw tarmizi). Mati pd jumaat sakit perut, tenggelam air. Terbakar.

Pengajaran
1. Hidup bersedia utk mati. Taqwa.
2. Doa, Usaha ikthiar Tawakal 
3. Hakikat dunia. Hidupan kita itu, Kekal akhirat sementara didunia. 


Masuk Syurga Tanpa Hisab
Kitab?

Hidup dgn bantuan Allah SWT.
Janggut Omar dipegang Rasulullah SAW
keadaan cemas. 

1. Jibrail kata umat engkau berada dalam huruhara dan kesesatan. Fitnah kekafiran dan kesesatan. Fitnah dtg dari mana? Ummat sesat dgn KITABULLAH
Manusia tersesat dgn Quran. Pemimpin ambil hak rakyat. Ulamak ikut pemimpin

Zaman Ahmad bin Hambal. Quran itu mahkluk. Kata Imam Hambal itu "Kitabullah". Hambal dipenjarakan. Sehingga bertukar pemerentah. 

Imam Shafie digari dari Yaman ke Iraq. 

Nak settlekan hendaklah "Dengan Diam dan Sabar". Ikut syariat. Bila hak kita ambillah kalau bukan jangan.

Kata Syaidina Ali berjumpa
1 to 1 itu nasihat kalau tegur depan orangramai maka itu "mengaibkan".

Bagi Allah SWT Org yg baik ialah solat 5 waktu.

Yg terbaik Kita hendaklah bersifat rendah diri. Dapat.nikmat dari Allah SWT kongsilah. 

Org terbaik ialah org yg menafaatkan org.  Mengembirakan org.

"

"
Al Maidah ayat: 


Muhammad Said Ramadan al-Bouti
Syrian scholar and writer

Dr Ramadhan al Qutti "Suluk kepada allah" pada satu waktu tertentu. 

Berikut 10 nasihat beliau: 

1. Pastikan kita memulakan setiap hari kita dengan solat Subuh berjamaah di masjid atau surau. (Berusahalah walau dalam keadaan apa sekalipun kerana jika solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh itu lebih tinggi nilainya berbanding dunia, apatah lagi solat fardu Subuh.) 
2. Apabila kita mendengar azan dikumandangkan walau di mana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka bersegeralah menuju ke masjid (atau surau) untuk solat berjamaah.
3. Gunakan seluruh umur hidup kita untuk taat kepada الله  bekerja mencari rezeki halal, berusaha menambah ilmu dan beristirehat hanya untuk menghilangkan penat dan lelah sebelum kita menuju ke alam barzakh.
4. Sebelum tidur, bermuhasabahlah dan beristighfarlah memohon ampun kepada الله  kerana mungkin tidur kali ini adalah tidur untuk selamanya dan kita akan dibangunkan di dalam liang kubur. (Pastikan kita tidur dalam keadaan berwuduk.) 

5. Ketika kita mendapat nikmat atau menerima ujian, jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali الله .

6. Apabila selesai solat, berwiridlah dan jangan bangun sebelum mengangkat tangan berdoa kepada الله dengan rendah hati dan rasa penuh kehinaan, memohon agar الله  tunaikan hajat, hindarkan rasa takut, dan الله  ampuni dosa dosa kita.

7. Ketika kita rasa keseorangan ditinggalkan dan dibenci oleh manusia, jadikanlah redha الله  sebagai pengubat hati. Yakinlah bahawa itu lebih baik bagi kita berbanding hidup dalam kecintaan manusia tetapi الله  membenci kita.

8. Elakkan dari mengumpat, kerana ingatlah bahawa kita punyai banyak kecacatan yang الله  sembunyikan. Jika الله  membukanya sudah tentu kita akan jadi bahan cacian dan umpatan manusia.

9. Berusahalah sekuat tenaga untuk menyediakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian sebagai bekalan akhir hidup kita dalam perjalanan yang lebih panjang.

10. Ketika nafsu bergejolak mengajak untuk melakukan maksiat, ingatlah mengenai kematian kerana kematian itu akan mengecilkan ruang maksiat dan membesarkan ruang ibadah dan taat.

Hayati 10 nasihat ini untuk kita jalani kehidupan harian kita. 








Dr Hadi Misbah



Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S