Selasa
29 Jamadilakhir.1446 (31.Dis.24)


Suboh Surau Al Amin

Semut hitam vs nabi Sulaiman 
Dikurniakan Allah Nabi Sulaiman boleh memahami bahasa Binatang. 



Kuliah Maghrib-Ust Dr.Saifulah.Shamsudin

Topik
Tafsir Al Qasas ayat 76-77

A076

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

(Al-Qasas 28:76) | 

Nota
"Sombong". 
1. Musa dgn Qarun- sepupu. Qarun org yg beriman. Bila dah kaya, Qarun nisbahkan kaya datang dari "pandainya". 

"Agama" itu nasihat. 
Allah SWT tak suka manusia bersifat sombong  Nisbahkan kejayaan kita pada
Allah.

A077

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

(Al-Qasas 28:77

Nota
2. Harta yg Allah SWT beri pd kita tunaikn "haknya". Ada hak isteri, anak2, dan diri sendiri. Selain gunakn utk Agama Allah spt tempat tinggal utk tetamu Allah.

3. Gunakn harta utk Makan-minum dan pakaian. Abdullah ibn Abbas (sepupu nabi). Khawaraj - "zuhud" pakaian mrk tentgan pakaian cantik Abdullah. Khawaraj bkn zaman Rasul hya muncul pd zman Ali. 

4. Buat baik pd makluk allah.Kau langgar  kurniaan allah spt riba dll.
5. Jgn ada qasad kerosakn atas bumi. 



Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S