Rabu
29.Rejab.1446 (29.Jan.25)

Asar Surau Al Amin

Menghadapi Ramadhan

1. Doa sempat berpuasa bulan ramadhan. Doa agar diterima sedekah. Sesiapa yang dapat bulan ramadhan segera "sujud syukur". 
2. "Kesihatan" - Jaga agar dapat lakukan ibadat yg sempurna dan ketahap maksima. 
3. Ulangkaji peraturan dan hukum hakam "Puasa". 
4. Amalan sunat dipertingkatkan. Cth baca al-Quran. 
5. Tuntut ilmu. Kuliah2. Tambah ilmu. Berada dalam majlis ilmu. Banyakan amalan2 sunat.
6. Banyakkan berdoa. Doa buat lbubapa, Isteri, anak2. 
7. Usaha untuk bangun awal. Training utk isteri dan anak2. 
8. Menjaga lidah. Kurangkan bercakap.Umpatan tangan(tulisan2) dan mulut (lidah). 
9. Perancangan Ramadhan. Hari ke hari. Jemaah, solat dhuha, sedeqah. Qiamulai. 
10. Persiapan ramadhan. Ujudkan suasana. 
11. Ringankan org lain utk berpuasa. Ingatkan org lain utk buat baik. 

Mengapa Qiam tangan.kiri dibawah, Gambaran kiri adalah  kejadian sahabat nabi yg diampunkan dosanya. Kemudian kanan diatas.  Surah 11: ayat 114

A114

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

(Hud 11:114) |

“حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ” artinya Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung”. 
Bacaan ini merupakan zikir yang dapat diamalkan sebagai bentuk ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan membaca zikir ini, seorang Muslim berserah diri kepada Allah dan memohon perlindungannya.  
Ust Bazli Zakaria

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S