Ahad
24.Syabaan.1446 (23-Feb-25)
Kuliah Suboh - Ustaz Zul Pandan
Sirah Zaid bin Amru bin Nuhail
Hidup dlm zaman Jahiliah. Hidup seblm dtg Nabi SAW. Tidak lakukan syirik pd Allah SWT. Mencari agama (syariat) Ibrahim.
" Bila agama itu ditinggalkan..."
"Tuntut ilmu itu perentah..."
Tiba-tiba empat orang mengasingkan diri dari tempat perkumpulan kaum Quraish. Mereka saling berbisik diantara mereka. Sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain, "Kita sepakat untuk jujur dan saling menjaga rahsia." Mereka berkata "Ya". Empat orang tersebut ialah Waraqah bin Naufal, Ubaidullah bin Jahsi, ibunya adalah Umaimah binti Abdul Muthalib, Utsman bin Al Huwairits, dan Zaid bin Amr bin Nufail. Sebahagian berkata kepada yang lain. "Demi ALLAH, kalian telah mengetahui bahawa kaum kita bukan berpijak kepada apa-apa. Mereka telah salah terhadap agama moyang mereka, Ibrahim. Mengapa kita tawaf di sekitar batu yang tidak mendengar, tidak melihat, tidak mendatangkan mudarat, dan tidak mendatangkan manfaat. Wahai kaum, carilah sebuah agama untuk diri kalian kerena demi ALLAH, kalian bukan di atas apa pun."
Lalu mereka berpisah dan bergerak ke pelbagai negeri mencari agama Hafiniyah agama Ibrahim.
Pengajaran sirah Zaid
Kuliah Maghrib - Ust Ahmad Redzuan
Surah Al Hadiid 57: 1
Ayat yg peringatkan manusia agar lihat tamaddun yg tlh ditinggalkan oleh kaum lalu. Balasan yg bakal diterima.
Ajar anak2 agar ringan tulang. Agar mudah dapat "barakah". Bahagia dlm hidup itu berjaya.
Rasul ciptaan Allah SWT dicipta sempurna dan akhlak yg baik utk bawa RISALAH kebenaran. Ilmu pun diberi kefahaman ug berbeza. Yg dipilih diberi faham "kebenaran". Cth dlm perentahan menteri rangka dan pekerja akn maklumkn pd org ramai.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(At-Taghaabun 64:1) |

(Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:" Patutkah manusia (yang seperti kami - menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?" Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
(At-Taghaabun 64:6) |

Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
(At-Taghaabun 64:2) |
Comments
Post a Comment