10. Sirah 25 Rasul & Nabi - YA'QUBA.S
Ahad
22.Ramadhan.1446 (23-Mac-25)
Nabi dan rasul yang wajib diketahui dan diimani dalam Islam berjumlah 25, mulai dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah nama-nama mereka: Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishaq, Ya'qub, Yusuf, Ayub, Syu'aib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, dan Muhammad.
Nabi Ya'qub
Nabi Ya'akub a.s. (Arab: يَعْقُوب, Yaqub) ialah seorang Nabi dan Rasul dalam agama Islam yang diutus untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar.
Pandangan biblikal berkenaan Nabi Yaakub a.s. dirujuk ke dalam bahasa Arab sebagai Yaqub (يعقوب), ialah seorang Nabi dan Rasul dalam Islam dimana baginda telah disebut di dalam kitab al-Quran. Pandangan Islam berkenaan Nabi Yaakub terdapat beberapa kelainan berbanding pandangan agama Yahudi dan Nasrani. Nabi Yaakub dilahirkan di Kan'an, kemudian baginda pergi berhijrah ke Faddam A'ram di Iraq, sebelum sekembalinya semula ke Palestin.
Nabi Yaqub AS adalah salah satu nabi memiliki sejumlah mukjizat. Mukjizat Nabi Yaqub AS yang terkenal adalah memiliki indra penciuman yang tajam.
Nabi Yakub AS adalah anak dari Nabi Ishaq AS bin Ibrahim AS dan Rifqah binti A'zar. Dirinya diutus oleh Allah SWT untuk berdakwah kepada menjadi rasul di negeri Kan'an.
ZIKIR JUWAIRIYAH
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maha Suci Allah dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan makhlukNya, sebanyak bilangan keridhaanNya, sebanyak timbangan 'ArsyNya dan sebanyak tinta untuk menulis kalimatNya.
Comments
Post a Comment