Sabtu
11. Syawal.1446, (12-April-2025)
Tanda amalan ditolak atau diterima pada bulan Ramadan.
1. Amalan berterusan dlm ibadat pada bulan Ramadhan Cth pada bulan ramadhan baca, quran, solat berjemaah.
Ada amalan yang diikuti dgn kemaksiatan. Cth lps solat dah mula dgn umpàtan - Imam ibn Rejab Al Hambali rah. Bila puasa dlm ramadhan akan disusuli dgn puasa2 lain. Amalan sedikit tapi berterusan.
2.. Diberi taufik oleh Allah SWT buat amal kebaikan dan kebajikan berterusan.
3. Lebih baik dari sebelumnya. Amal soleh rasai tidak sempurna dan hebat. Persoalan samada amalan diterima Allah atau tidak.
Isteri Rasulullah SAW.
6. Ummu Hindun Binti Abu Umayyah
Hindun binti Abi Umaiyah (Arab: هند بنت أبي أمية), juga dikenali sebagai Hind al-Makhzumiyah, Hindun binti Suhail atau Ummu Salamah (Arab: أم سلمة هند بنت أبي أمية)(c. 596 AD – 64 AH) isteri Muhammad, dan dianggap oleh orang Islam sebagai Ibu Orang Beriman. Ummu Salamah ialah kunya (nama gelaran) beliau yang bermaksud "ibu Salamah". Ummu Salamah merupakan antara isteri baginda yang dikenali, terutamanya dalam penyampaian banyak Hadith Nabi ataupun kisah hidup baginda.
07. Zainab Binti Jaysah - 627-632
Beliau ialah Zainab binti Jahsy bin Riyab. Beliau adalah sepupu Rasulullah SAW. Ibunya pula bernama Umaimah binti ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim. Nama julukan — kunyah — beliau ialah Ummu al-Hakam. Beliau juga termasuk salah seorang yang awal masuk Islam dan berhijrah. Selain itu, beliau juga ada meriwayatkan hadith dan hadithnya terdapat dalam al-Kutub al-Sittah. Di antara mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya ialah anak saudaranya iaitu Muhammad bin Abdullah bin Jahsy, Ummul Mukminin Ummu Habibah dan Zainab binti Abu Salamah.

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
(Al-Ahzaab 33:37)
08
Comments
Post a Comment