Selasa
14. Syawal.1446, (15-April-2025)
Suboh Surau AlAmin
Kuliah Maghrib - Surau AlAminIsteri2 Rasulullah SAW
13. Mariah Binti Al-Qibtiyyah
Biografi Ringkas Mariah al-Qibtiyyah serta kisahnya bersama Rasulullah SAW
Nama beliau ialah Mariah binti Syam’un, beliau merupakan seorang hamba yang dihadiahkan oleh pembesar Mesir iaitu al-Muqawqas kepada Rasulullah SAW. Beliau juga dikenali sebagai Mariah al-Qibtiyyah kerana beliau berasal daripada Qibt (Mesir). Di samping itu, beliau mempunyai seorang anak lelaki bersama Rasulullah SAW iaitu Ibrahim, namun begitu anak beliau wafat ketika masih kecil.
Tambahan pula, Mariah telah datang ke Madinah pada tahun ke-7 hijrah dan pada tarikh tersebut juga beliau telah memeluk Islam. Selain itu, Mariah merupakan seorang wanita yang sangat menjaga kelakuannya dan sentiasa mengharapkan keredhaan Nabi SAW. Beliau telah wafat pada tahun 16 Hijrah ketika zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab.
Comments
Post a Comment