Jumaat 28_Safar_1447H
(28_02_1447)H
(22_08_2025)M
Peristiwa di Padang Mahsyar
Pada Hari Kiamat, manusia dihimpunkan di padang Mahsyar dalam sangat dahsyat: matahari hampir, manusia tenggelam dalam peluh masing-masing, azab sangat berat, dan mereka menunggu lama untuk hisab bermula.
Urutan Nabi yang Mereka Datangi
1. Nabi Adam عليه السلام
Mereka berkata: “Wahai Adam, engkau bapa manusia, Allah ciptakanmu dengan tangan-Nya, tiupkan ruh-Nya padamu, dan suruh malaikat sujud kepadamu, tolonglah kami!”
Nabi Adam menjawab: “Aku tidak mampu… hari ini Allah murka dengan kemurkaan yang tidak pernah ada sebelumnya. Aku dahulu pernah makan buah larangan. Pergilah kepada Nuh.”
2. Nabi Nuh عليه السلام
Baginda juga menolak: “Aku pernah ada doa yang aku gunakan untuk mendoakan kebinasaan kaumku. Pergilah kepada Ibrahim.”
3. Nabi Ibrahim عليه السلام
Baginda berkata: “Aku pernah berbohong dalam tiga perkara (ta‘ridh / kiasan dalam dakwah). Pergilah kepada Musa.”
4. Nabi Musa عليه السلام
Baginda berkata: “Aku pernah membunuh seorang (Qibti) sebelum diutuskan menjadi Nabi. Pergilah kepada Isa.”
5. Nabi Isa عليه السلام
Baginda tidak menyebut dosa, hanya berkata: “Aku tidak mampu. Pergilah kepada Muhammad.”
Akhirnya kepada Nabi Muhammad
Bila sampai kepada Nabi Muhammad ﷺ, Baginda menjawab:
“Aku adalah orangnya. Aku adalah orangnya.”
Baginda pun sujud di bawah Arasy, memuji Allah dengan pujian yang Allah ajarkan ketika itu
Allah berfirman: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu, mintalah akan diberi, berilah syafaat akan diterima.”

Comments
Post a Comment