Anjing Dalam Islam

Rabu,17_Ra'biulAwal_1447H
(17_03_1447), (10_09_2025)

Anjing dan Baghal dalam Islam

Dalam Islam, anjing bukan makhluk hina, tetapi ada garis panduan khusus: boleh dipelihara jika ada keperluan syar‘ie, tetapi tidak untuk hiburan semata-mata. Najisnya perlu diuruskan mengikut kaedah fiqh.

Anjing dalam al-Qur’an

Disebut dalam kisah Ashab al-Kahfi:

 “Dan anjing mereka menghulurkan kedua kaki depannya di pintu gua.” (Surah al-Kahfi: 18)
Menunjukkan anjing ada peranan dalam kehidupan manusia, malah diceritakan dengan positif.

Tafsir Al Mulk - Ustaz Zulkifli Salleh

Al Mulk 67: 21
A021

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

(Al-Mulk 67:21) |

A024

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

(Saba' 34:24) |

Cabaran Allah SWT kepada hambanya mengenai rezeki, hidup dan mematikan

A031

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?

(Yunus 10:31)

Comments

Popular posts from this blog