Kisah ʿUyainah bin Ḥiṣn
Rabu
Warung Makan Che Din, Batu Rakit
Kisah Masuknya ʿUyainah ke Majlis Umar r.a.
Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari, bahawa setelah Islamnya, ʿUyainah bin Ḥiṣn datang menemui Umar r.a. melalui perantaraan anak saudaranya, al-Hurr bin Qais, yang merupakan salah seorang ahli majlis syura Umar (kerana beliau faqih dalam al-Quran).
Ketika ʿUyainah dibenarkan masuk, dia berkata kepada Umar dengan kasar:
“Wahai Ibn al-Khattab! Demi Allah, engkau tidak memberi kami dengan banyak dan tidak menghukum dengan adil!”
Umar sangat marah sehingga hampir mahu memukulnya. Namun al-Hurr bin Qais berkata:
“Wahai Amirul Mukminin, Allah berfirman: ‘Jadilah engkau pemaaf, suruhlah dengan yang makruf, dan berpalinglah dari orang yang jahil.’ (al-A’raf: 199).

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).
Sesungguhnya orang ini (ʿUyainah) termasuk dalam golongan jahil.”

Comments
Post a Comment