Ahad Oct 26. 

4 Jamadilawal 1447 (4-5-1447)

Apa Cerita Semalam


Kisah Mushibbah Hutang Uthmaniyah

Peranchis dan British. Jatuhnya kerajaan Uthmaniyah kerana gagal berinteraksi dng perubahan waktu. Pengasasnya ialah Uthman Bin Ertuĝʻrul (1299-.1324) Zaman kegemilangan pada era Sultan Suleiman al Qanuni (1520 - 1566).


Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)

*SUNDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat. •Cerita syurga oleh Daie Nazir Aspar
Dah masuk syurga pun menyesal kenapa? Penghuni Syurga Akan Menyesal Kerana Masa Didunianya YangTelah Berlalu Tanpa Zikrullah

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

UNTUK semua mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedaramara sahabat juga sahabiah muslimin muslimat jua yang ada masa singgah ke sini; Hari Ahad yang indah ini, jom mulakan dengan senyuman, semangat, dan doa yang tulus. Salam Subuh dan Selamat Pagi Ahad yang Barakah.. "Kebahagiaan itu letaknya dari Hati kita sendiri" Cintai lah Allah, Nabi dan Rasul..

‎للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا 
‎مُحَمَّدٍ

TERIMAKASIH ALLAH; Terlalai sudah jadi kebiasaan; tapi masik di tarik ke kancah ilmu agama. Paginya, solat berjemaah subuh, tak sempat duduk dalam majlis ilmu, sibuk bersiap untuk menyantuni Monthly Medal (MM) di Impian GC. Mujur terpilih juga dalam puak subuh. Berapa lama masa terbuang di majlis MM dari game nya sehingga Ke penyampaian hadiah nya. Akhirnya zohor bersendirian ya Allah: lewat sehingga terlepas waktu sunnah solat. Astaghfirullahal adzim. 
Apa pun, Allah pilih balik untuk masa maghrib berjemaah di rumah Nya dan bersimpuh mendengar Cerita syurga oleh Daie Nazir Aspar: Sudah masuk syurga menyesal kenapa? Penghuni Syurga Akan Menyesal Kerana Masa Didunianya YangTelah Berlalu Tanpa Zikrullah..

Maka; Pagi ini nak share penggalian hasil isi kulliyah nya…

Mu'az bin Jabal ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai sesuatu apapun) kecuali masa di dunia yang telah berlalu tanpa zikrullah." [ Tobarani]

Bila dah masuk syurga apabila ahli ahli syurga saksikan ganjaran yang banyak seumpama gunung yang diperoleh oleh seseorang kerana sebutan nama Tuhan Yang Maha Suci; jelas terbayang penyesalan tidak terhingga kerana kerugian yang ditanggung akibat kurang berusaha untuk berzikrullah. Tapi, ada juga yang bertuah yang tidak suka menghabis kan masa di dunia ini tanpa zikrullah.

Hafiz Ibnu Hajar menulis dalam kitab nya al Munabbihat bahawa Yahya bin Mu'az ar-razi ra sering berkata dalam munajatnya,

Ya Allah, malam hari tidak enak kecuali dengan bermunajat denganMu.
Dan siang hari tidak enak kecuali dengan mentaatiMu.
Dan dunia ini tidak enak kecuali dengan menyebut namaMu. Dan akhirat tidak enak kecuali dengan mendapat keampunanMu.
Dan syurga tidak enak kecuali dengan dapat menyaksikan Mu.

Hazrat Sarri ra berkata,"Aku melihat Jurjani ra sedang memakan tepung bijirin yang digoreng seperti sagun. Aku bertanya kepadanya, "Engkau memakan tepung ini begitu saja?” Beliau menjawab, "Apabila aku mengira masa antara memakan tepung tersebut dan mengunyah roti maka aku mendapati lebihan masa yang digunakan untuk mengunyah roti sama dengan masa yang diambil oleh seseorang membaca subhanallah sebanyak 70 kali. Oleh itu, sejak 40 tahun yang lalu aku telah tinggalkan memakan roti, dan berpada dengan memakan tepung goreng ini sahaja."

Ditulis mengenai Hazrat Mansur bin Muktamar ra (seorang ulama tasawuf yang masyhur) bahawa selama 40 tahun beliau tidak bercakap dengan sesiapapun selepas Isya'. Ditulis juga mengenai Hazrat Rabi' bin Haitham ra, selama 20 tahun beliau menulis pada sehelai kertas segala pertuturan beliau sepanjang hari. Pada waktu malam beliau akan muhasabah dalam hatinya, berapa banyakkah bilangan pertuturan yang perlu dan yang tidak perlu.

Indeed..

Nanti Di Akhirat, penyesalan tidak hanya datang dari penghuni neraka saja. Hadis diatas membuktikan, penduduk surga sekalipun akan menyesali diri di dalam surga. Mereka menyesal, mengapa tidak menyibuk kan diri dengan ibadah. Mereka akan menyesal tidak disibukkan dengan urusan-urusan akhirat, kerja-kerja positif, ibadah, serta hal-hal kebaikan. Mereka beranggapan, mereka telah meremehkan akhirat yang saat itu mereka rasakan betapa besar nilainya.

Bayangkan! Calon penduduk surga yang sudah mendapat tiket ke surga  menyesali waktu yang tak digunakan untuk berzikir kepada Allah, apalagi orang yang belum tentu masuk surga, atau masuk neraka terlebih dahulu, bahkan orang kafir misalnya yang penuh ratapan penyesalan, “Andai dulu ketika di dunia aku jadi tanah saja.” 

TUNGGULAH SAAT NYA, NAK UBAH SUASANA ITU, UBAHLAH SEKARANG! 

#Akhirulkalam 
 
Syukurlah Malam ditutup dengan isya berjemaah di rumah Nya, selesaikan Ba’diyyah, al mulk dan witir.. 


Evaluate lah diri mu wahai Ncs! 

Selama ini banyak mana masa yang digunakan untuk berzikir pada Allah. 
Bandingkan dengan masa yang telah di gunakan untuk hanya kepentingan duniawi. Selagi hayat dikandung badan, nasihat Umar Al Khattab perlu di hayati… 

“Evaluasilah dirimu, sebelum dievaluasi (Allah) di akhirat!”

Al-Ghazali  kitab “Al-Ihya” pernah buat kira kira m. Andai orang diberi kesempatan hidup normal selama 60 tahun. Sedangkan tidur rutinnya per hari adalah 8 jam. Maka, waktu yang digunakannya untuk tidur saja, itu setara dengan 20 tahun. Itu belum dihitung untuk yang lain seperti jalan jalan, ke pasar, main, komunikasi dengan kawan, bekerja dan lain sebagainya.


Pertanyaannya, berapakah waktu yang tersisa untuk Allah? Boleh jadi sangatlah kecil. Apalagi solat yang wajib hanya 5 kali sehari dan itu tidak sampai  satu jam. Maka kalau dalam hidup ini tidak dimanfaat sebaik baiknya, kerugian dan penyesalan akan semakin besar.

Tidak berlebihan bila ada ulamak ada berkata: “Setiap gerakan yang tampak atau muncul darimu tanpa diiringi dengan zikir kepada Allah, maka dia menjadi bencana atasmu.”

RENUNGKANLAH Kerana kita suka permainkan zikir zikir …

Wallahualam 
Barakallahufikum 

Wassalam

* Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Oct 26 2025,  4 jamadil awal 1447* #JomShare




Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON